malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Diari 'hari terakhir' John Lennon ditemui
Diterbitkan:  Nov 22, 2017 2:10 PM
Dikemaskini: 10:48 AM
ADS

Sejumlah barangan peribadi milik legenda muzik John Lennon, termasuk diari yang ditulis di hari kematiannya, dipercayai dicuri dari balunya Yoko Ono pada tahun 2006 akhirnya ditemui di Berlin, Ahad lalu.

Polis Berlin menemui sejumlah 86 barangan dicuri, termasuk barang milik Lennon seperti tiga diari dan cermin mata, dalam kereta seorang lelaki yang kemudiannya ditahan polis.

"Diari ini mengandungi catatan yang pada pagi (hari kematiannya) John Lennon dan Yoko Ono mengadakan pertemuan dengan (jurugambar) Annie Lebovitz untuk mengambil gambar yang kemudiannya terkenal di seluruh dunia," kata pendakwa Michael von Hagen, seperti dilapor Reuters.

Gambar tersebut yang menunjukkan Lennon yang memeluk Ono di atas katil dan dijadikan kulit depan majalah Rolling Stone edisi Januari 1981.

Lennon meninggal dunia di New York pada 8 Disember 1980, ketika berusia 40 tahun, selepas ditembak empat kali di bahagian belakang oleh Mark David Chapman, ketika dia dan Ono dalam perjalanan pulang ke apartmen mereka.

Hagen pada masa sama menolak kebarangkalian yang Ono bertanggungjawab menyerahkan barang peribadi mendiang suaminya itu kepada orang lain.

"Terutama diari itu...dianggap sebagai suatu yang suci (berharga) oleh Ono. Dan tanggapan yang dia memberikan tiga diari asal, terutama yang (memuatkan tulisan) di hari kematiannya, boleh diketepikan," katanya.

Sementara itu, ketua bahagian jenayah harta benda polis Berlin Carsten Pfohl berkata mereka turut menemui sebingkai cermin mata dan resit tertera nama Lennon, yang disembunyikan di dalam bonet kereta suspek.

Katanya, polis mengesyaki barang terbabit dicuri bekas pemandu Ono, yang dilarikan ke Turki sebelum dibawa ke Berlin sekitar 2013-2014.

Pihak berkuasa pada mulanya dimaklumkan tentang barangan milik Lennon selepas dihubungi pentadbir bagi kes muflis sebuah syarikat bida di Berlin.

Menurut syarikat itu, nilai barangan tersebut mencecah 3.1 juta euro (RM15 juta). Polis merampas barang Lennon daripada syarikat itu dua minggu kemudian.

Lihat Komen