malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Siapa yang kahwin sebenarnya ni?
Diterbitkan:  Nov 20, 2017 11:15 AM
Dikemaskini: 3:37 AM
ADS

Sesetengah orang berpendapat pakaian berwarna putih tidak sesuai dikenakan ketika menghadiri majlis akad nikah atau persandingan.

Ini kerana silap-silap hari bulan, individu yang berpakaian sedemikian boleh disalah sangka sebagai pengantin.

Begitulah yang terjadi kepada pelakon Farah Nabilah apabila dirinya tiba-tiba mencuri lebih banyak tumpuan berbanding pengantin perempuan, Izara Aishah yang dinikahi pasangannya, Adib Khalid.

“Siapa yang kahwin ni sebenarnya hahahaha…,” kata pengguna akaun @hapamjohn.

Imej Farah mengenakan gaun berona putih yang dimuat naik dalam talian oleh seorang lagi pelakon Kilafairy mengundang pelbagai reaksi apabila ia hampir menyamai warna busana digayakan Izara dan Adib.

Jika memandang dengan sekali imbas memang Farah boleh dianggap sebagai pengantin.

“Kenapa perempuan itu memakai warna putih? Nak lawan pengantin ke? Peraturan untuk menghadiri majlis perkahwinan adalah tidak memakai warna putih kecuali pengantin itu sendiri. LOL,” kata pengguna akaun @ainahhk

Pelakon yang namanya popular menerusi drama bersiri Titian Cinta itu diundang sebagai pengapit kepada Izara dan Adib dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung Jumaat lalu di Kuala Lumpur.

Farah atau nama penuhnya Farah Nabilah Saipuddin, 25, telah menjalin persahabatan lebih dari 10 tahun dengan Izara. Majlis itu dihadiri lebih daripada 500 tetamu.

Kisah Izara dan Adib sebelum ini turut menarik perhatian umum apabila digembar-gemburkan menerima hadiah kenderaan jenama Rolls-Royce sebagai hadiah perkahwinan.

Meskipun ramai mengusik Farah kerana memakai gaun berwarna putih hingga disangka pengantin, namun ada juga netizen mengambil sikap terlalu serius.

Pengguna akaun Instagram @sherasam misalnya tampil mempertahankan Farah dengan mengatakan sudah pasti warna pakaian nya mendapat persetujuan pengantin.

“Sudah jelas pengantin perempuan bersetuju dengan pakaian pengapitnya. Dan siapa yang menetapkan peraturan tiada pakaian putih semasa majlis perkahwinan? Tiada peraturan begitu.

“Hal ini jelas sengaja direka-reka oleh pihak yang tidak ada perkara untuk dibicarakan. Mengarut! Farah nampak mengagumkan dan akan tetap nampak seperti pengantin sekalipun memakai pakaian warna hitam,” katanya.

 

Lihat Komen