malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Rolls-Royce Izara bukan hadiah tapi...
Diterbitkan:  Nov 17, 2017 1:05 PM
Dikemaskini: 5:09 AM
ADS

Kereta Rolls-Royce yang digembar-gemburkan sebagai hadiah perkahwinan rupa-rupanya kenderaan rasmi yang akan digunapakai Izara Aishah dan Adib Khalid semasa majlis bahagia mereka nanti.

Adib berkata, Rolls-Royce adalah antara jenama yang dijual oleh abangnya Anas yang memiliki perniagaan kereta mewah.

“Untuk tujuan promosi, syarikatnya menaja kenderaan berkenaan untuk kami gunakan sepanjang majlis perkahwinan ini berlangsung.

“Kalau ada sesiapa ingin membeli kereta itu selepas ini, bolehlah menghubungi saya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Kisah dipaparkan dalam satu klip video berdurasi 41 saat itu menjadi tular sejak tiga hari lalu.

Ia menunjukkan Izara dan Adib sedang meninjau-ninjau kenderaan yang dikatakan ‘dihadiahkan’ kepada mereka.

Mengulas klip video berkenaan, Adib yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studio itu berkata, ia cuma sebahagian daripada babak dirakam untuk tujuan program bertemakan perkahwinan terbitan sebuah stesen penyiaran.

"Kebetulan, majlis kami nanti akan disiarkan dalam sebuah program perkahwinan, jadi proses meninjau kenderaan terbabit juga adalah antara babak menarik dalam program berkenaan," kata anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

Selepas mengikat tali pertunangan pada 17 Julai lalu, pasangan ini bakal disatukan dalam majlis pernikahan, hari ini, manakala resepsi pula diadakan di sebuah hotel di ibu kota, pada Ahad.

Lihat Komen