malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Izara, tunang teruja dapat 'Rolls-Royce runtuh'
Diterbitkan:  Nov 16, 2017 4:34 PM
Dikemaskini: 1:19 PM
ADS

Ibarat tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah Izara Aishah mungkin ada pada dirinya sendiri.

Mengiringi khabar gembira mengenai dirinya Izara dilaporkan menerima hadiah sebuah kereta Rolls-Royce daripada abang bakal suaminya.

Izara dan Adib Khalid bertunang pada 7 Julai lalu dan dijadual diijabkabulkan esok.

Kereta berjenama mewah itu dihadiahkan abang Adib, Anas Khalid.

Kisah itu disebarkan melalui satu klip video sepanjang 41 saat memaparkan Izara dan Adib meninjau-ninjau kereta berkenaan.

"Apa perasaan dapat kereta baru? Ini hadiah sempena perkawinan kamu, bro," kata Anas yang juga abang sulung Adib.

Kenderaan itu dilaporkan menjadi hadiah buat Adib sebagai tanda ingatan dan kasih seorang daripada seorang abang, selain tanda mengalu-alukan ahli baru keluarga mereka.

Senyum lebar Adib - yang juga ketua pegawai eksekutif Tune Studio - melambangkan rasa gembiranya atas hadiah yang diterima.

Pada masa sama, Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Hisham, 25, tidak ketinggalan mengucapkan penghargaan atas hadiah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta itu.

"Terima kasih abang Anas," katanya.

Izara ialah pelakon dan model yang mula membuat kemunculan dalam filem, drama dan telefilem lebih lima tahun lalu.

Antara filem lakonan Izara ialah Balun dan J Revolusi.

Lihat Komen