malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Mujur masih ada seluar dalam...'
Diterbitkan:  Nov 14, 2017 3:15 PM
Dikemaskini: 7:34 AM
ADS

Pelbagai cabaran yang dihadapi penyanyi, Syamel ketika membuat persembahan di Chengdu, China, awal bulan ini, dan ia bermula seawal tiba di lapangan terbang apabila beg pakaiannya hilang.

Namun Naib Juara Akademi Fantasia 2015 berusia 24 tahun itu tetap bersyukur kerana seluar dalamnya, yang diletakkan dalam beg galasnya, masih ada bersama.

Ia menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli pakaian baru untuk dipakai sepanjang berada di sana.

"Nasib baik beg galas itu sentiasa bersama saya kerana ia paling penting. Sekurang-kurangnya pakaian dalam boleh ditukar," katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Kata pemilik nama penuh Syameel Aqmal Mohammad Fodzly itu lagi, dia juga sedikit bernasib baik beberapa barang penting turut disimpan dalam beg galas itu.

Kejadian malang itu benar-benar memberi pengajaran kepadanya agar sentiasa beringat ketika merantau ke luar negara.

Kata Syamel, dia akan menyediakan payung sebelum hujan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Lepas ini saya akan pastikan ada beberapa pakaian penting diasingkan dalam beg lain. Apabila ditimpa pengalaman serupa, sekurang-kurangnya ada baju gantian,” kata penyanyi Lebih Sempurna itu.

Ia juga hikmah kepadanya agar lebih berhati-hati apabila menggalas sesuatu tanggungjawab ketika di luar negara.

Syamel ketika ini sudah pun kembali ke tanah air selepas selesai menjalani persembahan sempena Festival ABU TV Song.

Berkongsi mengenai festival berkenaan, Syamel akui menimba begitu banyak pengalaman baru selain dapat berkenalan dengan pengkarya dari luar negara.

Dia berharap festival berkenaan boleh menjadi platform buatnya mencipta nama di persada antarabangsa.

Lihat Komen