malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Wang dalam kontena milik Abang Long Fadil 2
Diterbitkan:  Nov 3, 2017 5:55 PM
Dikemaskini: 10:02 AM
ADS

Dua gambar memaparkan wang RM100 dan RM50 dalam jumlah yang besar dan tersebar di laman sosial sejak semalam adalah sedutan sebahagian daripada babak filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata selepas membuat semakan, pihaknya mendapati gambar yang berada di laman sosial itu adalah sedutan daripada filem berkenaan.

"Pihak polis telah menghubungi Skop Production dan wakilnya telah memaklumkan gambar itu adalah sama dengan adegan filem Abang Long Fadil 2.

Anggota polis Klang juga turut terlibat dalam pengambaran (filem) tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini bagi mengulas mengenai dakwaan berlakunya rampasan wang palsu dalam jumlah yang besar itu di Pelabuhan Klang- Bernama

Lihat Komen