malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Mangsa Weinstein ditawar AS$1 juta untuk tutup mulut
Diterbitkan:  Oct 30, 2017 5:24 PM
Dikemaskini: 9:48 AM
ADS

Salah seorang artis terawal yang mendakwa menjadi mangsa nafsu serakah penerbit filem, Harvey Weinstein, mendakwa dia ditawarkan habuan AS$1 juta supaya menutup mulutnya.

Kata Rose McGowan tawaran itu disampaikan kepadanya oleh seseorang yang "dekat" dengan Weinstein.

Kisah buas penerbit dan tauke perfileman Hollywood itu mula terbongkar selepas dilaporkan The New York Times pada 5 Okt lalu.

Melalui laporan berkenaan, Weinstein, 65, dituduh melakukan serangan seksual dan mencabul lebih 60 wanita - termasuk di kalangan pelakon terkenal - sejak 30 tahun lalu.

Akhbar itu juga mendakwa Weinstein pernah lapan kali menyelesaikan tuduhan ke atasnya dengan kaedah tertentu bersama mangsa.

Rose, 44, dikatakan salah seorang daripada mereka dan kesnya semasa Festival Filem Sundance 1997 dianggap selesai apabila dia dibayar AS$100,000.

Seminggu kemudian pelakon filem Dead Awake itu membuat pendedahan baru melalui Twitter. Apabila diminta penjelasan Rose memberitahu dia mendapati perjanjian dengan Weinstein dulu tidak melibatkan klausa sulit.

Untuk rekod antara filem yang meletakkan Weinstein sebagai penerbit eksekutif ialah The English Patient, Kill Bill Vol 1 & 2, Woman In Gold dan Southpaw.

Kata Rose ada rakan yang mencadangkan dia menerima tawaran berkenaan. Selepas dipertimbangkan dia meminta bayaran itu dinaikkan menjadi AS$6 juta.

Namun Rose menukar fikiran sejurus kemudian dan menganggap tawaran berkenaan akan menjadikan dirinya "menjijikkan".

Berikut ialah senarai wanita yang mendakwa dimangsakan Weinstein.

  1. Amber Anderson - Pelakon yang dikenali melalui filem The Riot Club
  2. Lysette Anthony - Model dan aktres British yang muncul dalam filem Husbands And Wives. Dia mendakwa dirogol Weinstein di rumahnya pada akhir 1980-an.
  3. Asia Argento - Aktres Itali yang turut menjadi model dan pengarah. Dia menjadi mangsa seks oral di sebuah hotel di Perancis ketika dia berusia 21 tahun pada 1997
  4. Rosanna Arquette - Kejadian berlaku pada 1990-an. Apabila dia menolak ajakan Weinstein penerbit itu mengingatkan ia adalah "kesilapan besar" dan masa depannya akan gelap.
  5. Jessica Barth - Kejadian berlaku apabila dia dipelawa bertemu Weinstein untuk perbincangan perniagaan di sebuah bilik hotel. Weinstein meminta dia mengurutnya namun ditolak.
  6. Ambra Battilana Gutierrez - Model Itali dan rakaman dia dipujuk rayu oleh Weinstein disimpan polis New York. Kedua-dua mereka mencapai penyelesaian luar mahkamah
  7. Kate Beckinsale - Mendakwa Weinstein menawarkan dia alkohol ketika bertemu kali pertama. Kate baru berusia 17 tahun ketika itu. Kate bertemu Weinstein yang ketika itu hanya berpakaian jubah mandi.
  8. Zoe Brock - Model dari New Zealand yang mendakwa dia dikepung Weinstein - yang ketika itu berbogel - di sudut sebuah bilik hotel semasa Festival Filem Cannes pada 1997. Zoe yang berusia 23 tahun ketika itu kemudian mengunci dirinya dalam bilik mandi untuk menyelamatkan diri
  9. Liza Campbell - Diajak Weinstein untuk mandi bersama selepas bertemu di sebuah bilik hotel pada 1995
  10. Marisa Coughlan - Bintang filem Super Troopers. Dia mendakwa Weinstein mengajaknya berbincang mengenai peranan yang akan dimainkan dalam sebuah filem pada 1999. Apabila bertemu Weinstein meminta pelakon terbabit mengurutnya
  11. Florence Darel - Bertemu dengan Weinstein dalam bilik hotel ketika isteri penerbit terbabit berada di kamar sebelah.
  12. Emma de Caunes - Aktres Perancis yang dipelawa Weinstein ke biliknya di Cannes pada 2010. Selepas suatu ketika Weinstein keluar dari bilik mandi dan mengarahkan Emma berbaring di atas katil namun pelakon menolak dan bertukar seolah-olah menjadi haiwan liar.
  13. Cara Delevingne - Mendakwa Weinstein cuba menciumnya di dalam bilik hotel
  14. Sophie Dix - Pelakon filem The Advocate. Dia mendakwa diserang secara seksual oleh Weinstein di London pada akhir 1990-an
  15. Dawn Dunning - Pada 2003 Weinstein memujuknya ke hotel. Dengan hanya mengenakan jubah mandi Weinstein menunjukkan kontrak untuk tiga filemnya yang akan datang. Aktres itu boleh mendapat kontrak berkenaan dengan syarat dia mahu melayan nafsu Weinstein.
  16. Alice Evans - Cuba disentuh dan dicium Weinstein pada 2002
  17. Lucia Evans (Lucia Stoller) - Pertemuan pada 2004 untuk program realiti TV, Project Runway, berakhir dengan aksi seks oral. Mengaku menolak kehendak Weinstein Lucia bagaimanapun mendakwa lelaki terbabit "mengalahkannya"
  18. Angie Everhart - Mendakwa Weinstein melakukan onani di depannya ketika mereka berada dalam bot semasa Festival Filem Venice Film Festival
  19. Claire Forlani - Pelakon Meet Joe Black dan Boys And Girls. Mendakwa mengelak lima cubaan Weinstein dalam tempoh beberapa tahun
  20. Romola Garai
  21. Louisette Geiss - Weinstein didakwa memaksa aktres itu melihat dia melakukan onani sebagai syarat untuk mendapat tawaran berlakon
  22. Louise Godbold - Pengarah bersama pertubuhan amal. Dia mendakwa terkurung berdua-duaan dengan Weinstein dalam bilik mesyuarat. Di situ lelaki terbabit meminta dia diurut
  23. Judith Godreche - Pelakon The Man In The Iron Mask dipelawa bersarapan dengan Weinstein semasa Festival Filem Cannes 1996. Selepas dibawa ke bilik hotel Judith ditindih dan pakaiannya cuba dibuka namun dia sempat meninggalkan kamar berkenaan
  24. Trish Goff - Buah dadanya diramas dan Weinstein cuba menciumnya ketika bertemu suatu tengah hari pada 2003
  25. Heather Graham - Weinstein memberi syarat untuk mengadakan hubungan asmara dengannya sebelum boleh berlakon dalam filem. Heather tidak pernah diambil berlakon dalam filem Weinstein.
  26. Mimi Haleyi
  27. Lena Headey - Membawa watak Cersei dalam siri Game Of Thrones. Dia mendakwa cuba digoda Weinstein pada 2005
  28. Dominique Huett
  29. Angelina Jolie - Pernah menolak ajakan Weinstein ke bilik hotel. Angelina ketika itu berusia 23 tahun
  30. Ashley Judd - Menawarkan diri untuk mengurut Ashley dan pelakon itu boleh melihat dia mandi. Ashley membintangi filem Kiss The Girls ketika itu.
  31. Katherine Kendall - Diyakinkan Weinstein untuk singgah di apartmennya pada 1993. Katherine berusia 23 tahun ketika itu. Weinstein didakwa mengejarnya dalam keadaan bogel dan tidak membenarkan dia melepasi pintu.
  32. Minka Kelly
  33. Heather Kerr - Bertemu Weinstein pada 1989 dan memberitahu dia perlu tidur dengan lelaki terbabit serta penerbit lain untuk berjaya dalam dunia perfileman Hollywood.
  34. Mia Kirshner - Aktres Kanada yang mengadu diganggu Weinstein dalam sebuah bilik hotel
  35. Laura Madden - Pertemuan dengan Weinstein di beberapa hotel di Dublin dan London pada 1991 dianggapnya sebagai "sangat manipulatif"
  36. Natassia Malthe - Weinstein didakwa menyerbu masuk ke biliknya dan merogol aktres terbabit pada 2008. Weinstein kemudian melakukan onani di depan pelakon Norway itu
  37. Brit Marling - Diurut Weinstein pada 2014, dan ditawarkan champagne serta strawberi. Dia "kaku" apabila dicadangkan Weinstein supaya mereka mandi bersama-sama
  38. Sarah Ann Masse
  39. Katya Mtsitouridze - Hos TV Russia yang mendakwa diganggu dengan taktik biasa Weinstein pada 2004
  40. Emily Nestor - Sempat bekerja selama satu hari saja di syarikat Weinstein apabila dia dijemput masuk ke bilik penerbit terbabit pada 2014
  41. Connie Nielsen - Weinstein sengaja meletakkan tangannya pada paha pelakon The Devil’s Advocate itu pada satu majlis. Connie pernah berlakon dalam salah satu filem terbitan Weinstein, iaitu The Great Raid
  42. Lupita Nyong’o - Pemenang Anugerah Academy menceritakan dengan panjang lebar pengalamannya bersama Weinstein, termasuk bagaimana dia dipujuk masuk ke bilik tidur penerbit terbabit
  43. Gwyneth Paltrow - Ketika berusia 22 tahun Weinstein memanggilnya ke bilik kononnya untuk berbincang. Pertemuan itu berlanjutan sehingga Weinstein menyentuk Gwyneth dan menyarankan mereka masuk ke bilik tidur. Pelakon Deadly Relation dan Thanks For Sharing itu mengaku dia ketakutan dan terpaksa menurut
  44. Zelda Perkins - bekas penolong Weinstein yang mengadu diganggu hampir setiap hari
  45. Vu Thu Phuong - Pelakon Vietnam yang menuduh Weinstein cuba mengajarnya bagaimana melakukan adegan seks dalam filem semasa mereka bertemu 2008
  46. Tomi-Ann Roberts - Semasa berusia 20 tahun pada 1984 Weinstein menghantar beberapa naskhah skrip filem kepadanya. Mereka kemudian bertemu dan Weinstein ketika itu berbogel dalam tab mandi. Weinstein kemudian mencadangkan supaya Tomi-Ann turut menanggalkan pakaian sebagai sebahagian daripada proses uji bakat. Dia mendakwa enggan dan meninggalkan tempat itu
  47. Erika Rosenbaum - Weinstein didakwa melancap di depannya semasa mereka bertemu ketika Festival Filem Toronto pertengahan 2000-an
  48. Melissa Sagemiller
  49. Lea Seydoux
  50. Lauren Sivan - Wartawan TV yang mendakwa dikepung Weinstein di dalam dapur sebuah restoran pada 2007. Weinstein ialah seorang daripada pelabur restoran berkenaan. Selepas enggan dicium Weinstein menengking Lea dan mengarahkan dia berdiri di satu sudut sementara dia melakukan onani
  51. Mira Sorvino
  52. Paula Wachowiak - Semasa menjadi penolong produksi untuk filem pertama diterbitkan Weinstein pada 1980 lelaki terbabit menunjukkan kemaluannya kepada Paula. Berusia 24 tahun ketika itu Paula menangis dan meninggalkan bilik berkenaan. Ketika itu mereka bekerjasama untuk filem The Burning
  53. Tara Subkoff - Menurut pelakon filem The Cell itu Weinstein mengganggu secara seksual ketika mereka bertemu pada 1990-an. Katanya Weinstein merangkulnya supaya dia duduk di atas riba. Ketika itu dia dapat merasakan bahawa Weinstein sedang terangsang
  54. Sean Young - Pelakon Blade Runner itu mendakwa Weinstein menunjukkan anggota sulitnya di lokasi penggambaran filem Love Crimes pada 1992
  55. Annabella Sciorra - Weinstein merogolnya pada awal 1990-an dan berkali-kali melakukan gangguan seksual bertahun-tahun selepas itu
  56. Daryl Hannah - Pelakon filem Kill Bill mengaku diganggu secara seksual oleh Weinstein di dua tempat berbeza
  57. Bekas pekerja Weinstein yang terlalu takut untuk mendedahkan namanya atas faktor perundangan. Dia mendakwa diserang secara seksual di bilik hotel
  58. Aktres Itali berusia 38 tahun yang mengadu dirogol Weinstein pada 2013. Kes itu sedang disiasat polis Los Angeles
  59. Sarah Smith - Nama samaran bekas pekerja Miramax. Dia mendakwa dirogol Weinstein di tingkat bawah pejabat lelaki itu di London pada 1992.
Lihat Komen