malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Dikeji pakaian mencolok mata, Ameera tak kisah...
Diterbitkan:  Sep 19, 2017 5:56 PM
Dikemaskini: 11:11 AM
ADS

Adik Neelofa, Nur Ameera Khan, seperti tidak kisah menjadi sasaran kecaman gara-gara memuat naik gambar dia berpakaian seksi ketika bercuti di Itali.

Berbanding reaksi terdahulu, Ameera lebih senang mengambil langkah menutup ruang komen pada akaun Instagram miliknya selepas dia membuka hijab pada tahun lalu.

Kali ini gambar demi gambar dimuat naik Ameera. Antaranya menampakkan bahagian belakang badan, perut, kaki dan bahu.

Gambar itu dimuat naik seolah-olah tidak mengambil kira tohmahan dan kecaman dilontarkan netizen.

"Melayu fikiran sempit takpe tapi jangan jadi Melayu yang pakai baju londeh.

"Tahulah awak tu anak mix (darah campuran) tak perlu nak cakap Melayu berfikiran sempit," tulis pengguna akaun @zhrhrhrmn_.

Pun begitu, terdapat beberapa komen daripada pengguna lain yang tidak bersetuju dengan cara memberi teguran yang kasar dan berharap Ameera diberi petunjuk dan hidayah.

"Ya Allah berikanlah hidayah pada hambamu ini," tulis pengguna akaun hauraalmaqsura.

Turut bersama-sama Ameera bercuti ke bumi Eropah adalah kakaknya Noor Nabila dan Neelofa.

Dalam pada itu, Neelofa turut tidak terlepas daripada menjadi bahan kritikan netizen.

Imej wanita Muslimah Neelofa dipertikaikan apabila dia memakai fesyen seluar koyak di bahagian lutut.

Bagaimanapun, kakak Neelofa, Nabila, tampil mempertahankan pakaian menjadi pilihan adiknya itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dengan kata-kata berbaur sindiran, Nabila berkata Neelofa terlupa hendak memaklumkan kepada umum bahawa dia menyarungkan pakaian dalam menyerupai warna kulit.

"Pengumuman kepada cik kiah cik kiah kepoci: Lofa pakai inner (pakaian dalam) tau, dia pakai legging warna kulit. Lofa cakap maaf sebab lupa nak DM uols dulu sebelum pakai," katanya.

 

 

Lihat Komen