malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelakon M'sia, Bollywood bergabung dalam I'm Not A Terrorist
Diterbitkan:  Sep 15, 2017 4:00 PM
Dikemaskini: 8:06 AM
ADS

'I'm Not A Terrorist" - Filem terbaharu bakal ditayangkan di pawagam bagi menjelaskan bahawa agama Islam bukanlah agama yang berkaitan dengan keganasan, sebaliknya menekankan pentingnya keamanan.

Filem terbitan White Merpati Entertainment itu menjalani penggambaran selama 46 hari di Kuala Lumpur dan Kashmir membabitkan kos RM5.2 juta yang bakal ditayangkan di pawagam utama di seluruh negara bermula 5 Oktober ini.

Pengarah filemnya, Arjin Upal berkata pelakon filem berkenaan ialah Afiq Muiz, Chacha Maembong, Khir Mohd Nor dan penampilan istimewa Datuk Jalaluddin Hassan serta bintang fiem Bollyword Gulshan Grover, Rahul Dev dan Farida Jalal.

"Walaupun berlaku tohmahan mengatakan Islam itu ganas namun melalui filem ini kita nak 'cleaning out' (membersihkan) tentang agama Islam," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Pelakon utama filem terbabit, Afiq Muiz berkata filem itu adalah bagi menegakkan ajaran agama Islam yang sebenar dan bukannya agama yang menyokong keganasan.

Pelakon Bollywood, Gulshan Grover berkata, ini kali pertama dia menjayakan filem yang menggabungkan para pelakon dari Malaysia dan India dan memainkan watak 'pengganas'.

-Bernama

Lihat Komen