malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Dituduh 'like' video lucah, Ahmad Idham beri amaran
ADS

Pengarah dan pelakon Ahmad Idham memberi amaran tidak akan berdiam diri terhadap pihak yang menuduhnya menekan butang Like pada video lucah di laman sosial.

Ahmad Idham berkata, sekiranya keadaan memerlukan, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Saya mahu lihat sejauh mana pihak terbabit berusaha menjatuhkan saya dengan cerita begini.

"Jika sudah keterlaluan saya akan mengambil tindakan sewajarnya supaya dapat beri amaran kepada penulis tidak bertauliah yang menyiarkan berita demikian," katanya ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-29 di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa pelakon Pencuri Hati Mr Cinderella itu kantoi selepas menekan tanda suka pada sebuah klip video seorang pelakon lucah di Twitter.

Ahmad Idham didakwa melakukan perbuatan itu menggunakan akaun Twitter peribadi miliknya.

Menjelaskan lagi isu terbabit, Ahmad Idham mengakui penggunaan media sosial yang meluas menyebabkan dia sering menerima pautan-pautan laman web yang tidak sepatutnya.

"Saya tidak nafikan ada segelintir rakan-rakan gemar menghantar pautan bukan-bukan.

"Tetapi bukan saya mencari bahan seperti itu malah tidak menyedari sekiranya terbuka atau tidak sengaja menekan butang suka itu.

"Barangkali ada juga pihak sengaja mereka-reka cerita begini," katanya.

Enggan melatah dengan dakwaan sedemikian, Ahmad Idham menggesa orang ramai mengabaikan perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Katanya, memang ada pihak selalu ingin menjatuhkannya apatah lagi sikapnya yang terbuka membincangkan sesuatu isu atau bertukar-tukar pendapat di media sosial.

"Saya sentiasa memegang prinsip bahawa sesuatu perkara rekaan atau palsu tidak akan kekal selama-lamanya. Saya sudah terbiasa orang menuduh kaki perempuanlah, minum araklah.

"Tetapi kesemua perkara itu sememangnya tidak benar," katanya.

Lihat Komen