malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Di ulang tahun Alibaba, Jack Ma jadi Michael Jackson
Diterbitkan:  Sep 12, 2017 11:11 PM
Dikemaskini: 3:20 PM
ADS

Pengasas syarikat e-dagang China Alibaba Group, Jack Ma nampaknya bukan sahaja berjaya dalam bidang perniagaan, malah beliau juga  berkebolehan menari.

Sewaktu menyambut ulang tahun ke-17 syarikatnya baru-baru ini, Ma memberi kejutan kepada pekerjanya dengan mempersembahkan tarian mengikut rentak yang sinonim dengan mendiang bintang pop Michael Jackson.

Muncul di pentas dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi, Ma yang berpakaian hitam dan emas melambai-lambai tangan ke arah pekerjanya. Ketibaannya itu menerima sorakan gemuruh mereka yang hadir.

Beliau kemudian terus leka menggerakkan tubuhnya mengikut rentak lagu-lagu popular Michael, seperti Billie Jean dan Black or White.

Namun individu terkaya di China itu bukan menari tanpa sebab. Media antarabangsa melaporkan syarikat miliknya kini sudah bernilai melebihi AS$400 bilion.

Sambutan ulang tahun itu dihadiri seramai 40,000 pekerja dan diadakan di Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang di timur China.

Ini bukan kali pertama Ma menghiburkan pekerjanya.

Pada 2009, beliau mengenakan rambut palsu dan mengadakan persembahan mengikut rentak runut bunyi filem Lion King, Can You Feel The Love Tonight, pada sambutan ke-10 ulang tahun syarikatnya.

Ketika itu, beliau turut berkongsi pentas dengan wanita mirip Marylin Monroe.
 

Lihat Komen