malaysiakini logo
story-image
ADS

Pelakon Shaheizy Sam boleh menarik nafas lega selepas dirinya belum disahkan muflis.

"Saya lega kerana status saya bukanlah muflis malah kurang pasti mengapa notis dikeluarkan seperti itu dalam akhbar.

"Notis itu adalah proses diberikan sebelum diisytiharkan muflis," katanya selepas ditanya berhubung isu itu yang mula menjadi tular Ogos lalu. 

Beliau ditemui pada sidang media pelancaran runut bunyi dan treler filem Pinjamkan Hatiku di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 8 Mei lalu, satu notis kebrankapan dikeluarkan ke atas pelakon Polis Evo itu melalui perintah mahkamah di alamat penyerahan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN), cawangan Wangsa Maju, unit Undang-Undang.

Namun Sam atau sebenarnya Shaheizy Sam Abd Samad ketika itu berkata tidak mengetahui atau dimaklumkan tentang perkara itu.

Ketika ditanya lebih lanjut, beliau enggan mengulas lanjut berhubung isu itu kerana masih menunggu makluman daripada peguam dan juga LHDN.

Beliau juga enggan menyalahkan mana-mana pihak dan menjadikan isu muflis itu sebagai iktibar buat dirinya.

"Alhamdulillah benda seperti ini berlaku. Jika tidak sampai bila-bila saya tidak akan sedar kesalahan sendiri.

"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini terutama apabila membabitkan hal kewangan dalam jumlah yang besar," katanya dengan nada kesal.
 

Lihat Komen