malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Kim 'tampar' pengacara TV kerana panggilnya sundal
Diterbitkan:  Sep 12, 2017 12:56 PM
Dikemaskini: 5:34 AM
ADS

Selebriti Kim Kardashian terkenal tidak segan silu mempamerkan kemontokan tubuh tanpa seurat benang.

Perbuatan memuat naik imej tanpa busana itu juga sering kali mencetuskan kebencian netizen mahupun artis lain.

Terbaru kritikan itu datang daripada pengacara televisyen Sharon Osbourne.

Semasa diwawancara Telegraph awal bulan ini, Sharon ditanya mengenai Kim apabila wanita itu beranggapan tindakan berani berbogel sebagai aksi feminis.

“Itu bukanlah feminisme, tetapi lebih kepada sundal. Tapi tidak salah menjadi wanita murahan asalkan kamu ingat siapa dirimu,” katanya.

Terkejut dengan tuduhan dilemparkan, isteri kepada penyanyi Kanye West itu membalas balik kenyataan Sharon.

Katanya, Sharon memberikan tanggapan salah mengenai dirinya kerana dia melakukan aksi itu kerana berbangga dengan bentuk tubuh sendiri.

“Pertama sekali, saya tidak pernah memuat naik gambar menggunakan alasan feminisme. Tidak pernah berkata demikian.

“Justeru, apabila ada orang memberi gambaran tidak tepat maka hal itu dianggap tidak masuk akal. Saya memuat naik gambar bogel kerana saya suka perasaan dirasakan ketika itu.

“Saya turut berasa bangga kerana turun berat badan selepas bersalin dan berasa hebat. Jadi dia tersalah tafsir perkara itu dan nampak benar-benar bodoh,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi perkembangan terbaru bersama CBS, isteri kepada vokalis kumpulan Heavy Metal, Ozzy Osbourne itu menafikan pernah memanggil Kim sundal.

Sharon malah menyalahkan wartawan yang salah memberikan gambaran mengenai kenyataannya sebelum ini.

“Bukan perkara besar. Saya berikan komen apabila wartawan itu meminta pendapat. Ia bukan tidak sopan.

“Sebenarnya Kim memang seorang yang seksi malahan pakaian dipakai setiap hari juga menampakkan susuk tubuhnya.

“Ini menunjukkan dia seorang wanita berani selain tidak malu dengan bentuk badannya,” katanya.

Lihat Komen