malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Masuk senarai, Evita Delmundo diharap jadi Miss M'sia
Diterbitkan:  Sep 11, 2017 7:15 PM
â‹…
Dikemaskini: 11:19 AM
ADS

Mempunyai kulit berbeza tidak menghalang Evita Delmundo memenuhi cita-citanya.

Selepas diumumkan antara peserta 50 teratas, gadis 20 tahun itu terus menjadi perhatian orang ramai.

Di Instagram Miss Universe Malaysia 2018, anak Sabah itu berjaya mengutip 'like' terbanyak dan mendapat pujian pengguna Internet.

Malah beliau didukung oleh rakyat negeri seberang, Indonesia.

“Maju Evita, sayang dari Indonesia,” tulis Herwantocamilo.

Berita penyertaan Evita itu sebelum ini telah mendapat liputan meluas di media-media utama republik itu.

Evita dilahirkan dengan tahi lalat di seluruh tubuh.

Ketika menyertai uji bakat, Elle Malaysia melaporkan beliau mahu menonjolkan keunikan penampilannya walaupun sering dikritik.

“Saya rasa lebih mencabar dan teruja serta gugup,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Ia bagaimanapun satu impian bagi saya untuk mencuba nasib sebagai Miss Universe Malaysia”.

 

Dont care what people think of you.. chin up the future is yours💓

A post shared by Ave Evita Patcey Delmundo💋 (@evita_delmundo) on

Lihat Komen