malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Peminat doakan jodoh Erra pula
Diterbitkan:  Sep 10, 2017 4:30 PM
Dikemaskini: 8:33 AM
ADS

Selepas memuat naik gambar bersama wanita yang diijabkabulkan dengan bekas suaminya, Erra Fazira pun didoakan agar dipertemukan jodoh baru.

Ia adalah antara kata-kata pujian yang ditujukan buat Erra apabila gambarnya bersama Laudya Cynthia Bella dimuat naik di Instagram semalam.

Bersama mereka ialah anak Erra hasil pernikahannya dengan suami terkini Laudya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, Engku Aleesya.

"Semoga @errafazira dipertemukan jodoh," tulis pengguna Instgram bernama fxtn.ndni.

Rasa kagum sama turut dikongsi ramai peminat, sama ada dari Indonesia mahupun Malaysia.

Gambar Erra, Laudya dan Engku Aleesya itu dimuat naik pada Jumaat - hari sama Engku Emran dinikahkan dalam majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Penyanyi, pelakon dan model itu berkahwin kali pertama dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003 tetapi bercerai kira-kira tiga tahun kemudian.

Erra kembali menjadi isteri selepas diijabkabulkan dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007. Namun sekali lagi nasib tidak memihak kepadanya apabila rumahtangga itu akhirnya gagal dipertahankan pada 2014.

Sementara itu Utusan Malaysia melaporkan kasih sayang dan kejujuran Laudya menjadi antara sebab Engku Emran memilih Laudya, 29, sebagai isterinya.

Kata Engku Emran pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu memperlihatan keikhlasan menerimanya sebagai suami.

Selain itu, Engku Emran juga mengagumi kematangan Laudya menghadapi sebarang kesilapan masa silam.

Lihat Komen