malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Sera Amane - dari dewan kuliah ke ranjang hentai
Diterbitkan:  Sep 6, 2017 5:41 PM
Dikemaskini: 9:52 AM
ADS

Tersepit di antara masalah membiayai pembelajaran dan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan, seorang gadis kelahiran Jakarta nekad melangkah ke alam baru buat dirinya.

Dia menjadi pelakon filem lucah buatan Jepun.

Semuanya berlaku secara spontan. Menurut laporan Tribunnews, penuntut institusi pengajian tinggi itu ditemukan seorang jurugambar profesional di Tokyo.

Selepas ditawarkan untuk berlakon filem dewasa Jepun, dia - kini menggunakan nama samaran Sera Amane - bersetuju.

Sera Amane kemudian membawa rombongan kru penggambaran videonya ke Jakarta. Selain menjalani proses penggambaran dia juga berpeluang bertemu ibunya yang sakit di bandar raya berkenaan.

Portal itu melaporkan Sera Amane mula terbabit dalam industri berkenaan sejak Julai lalu.

Filem sepanjang 125 minit lakonan Sera Amane akan mula ditayangkan di Jepun esok.

Difahamkan antara lain filem itu memaparkan Sera Amane sedang bersiar-siar di Kota Tua, Jakarta Utara menaiki bajaj.

Turut menjadi latar penggambaran filem itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno - Hatta, dan sebuah hotel di kota raya yang terkenal dengan kesibukan jalan raya dan warganya itu.

Namun menurut laporan berkenaan lakonan Sera Amane tidaklah seberani filem dewasa Jepun yang memang terkenal dengan pelbagai imaginasi dan percubaan itu.

Pada bahagian sensitif penerbit mengaburkan imej berkenaan agar tidak jelas di mata penonton.

Untuk lakonan itu Sera Amane didakwa menerima bayaran sejuta yen atau kira-kira RM39,000.

Difahamkan Sera Amane adalah warganegara Indonesia kedua yang terbabit sebagai pelakon filem lucah Jepun. Tidak dapat dipastikan siapakah pelakon pertama sebelumnya.

Filem Sera Amane itu boleh ditonton di Jepun mulai esok dengan bayaran kira-kira RM80.

Lihat Komen