malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Abang Long Fadil 2 kutip RM5 juta lepas 5 hari tayangan
Diterbitkan:  Aug 30, 2017 1:48 PM
Dikemaskini: 5:51 AM
ADS

Filem Abang Long Fadil 2 menggegarkan carta box office 2017 apabila meraih kutipan RM5 juta selepas hanya lima hari ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei.

Buah tangan terbaru Syafiq Yusof itu turut menjadi filem paling laris di pawagam tempatan sebaik dihidangkan kepada penonton di layar perak bermula 24 Ogos lalu.

Antara tempoh 24 hingga 27 Ogos, naskhah terbitan Astro Shaw dan Skop Productions itu berjaya memotong populariti filem hebat Hollywood Annabelle: Creation dan filem Kollywood Vivegam.

Sekual kepada filem Abang Long Fadil itu turut mendahului kutipan filem sebelum ini.

Filem tempatan paling laris dalam carta box office tahun ini masih dipegang oleh J Revolusi arahan Mohd Zulkarnain Mohd Azhar dengan kutipan keseluruhan RM7 juta.

Bagaimanapun, pada minggu pertama masing-masing, pencapaian Abang Long Fadil 2 menenggelamkan kutipan diperoleh J Revolusi iaitu RM2.8 juta.

Sokongan pempamer untuk menayangkan filem itu di pawagam mereka juga semakin meningkat daripada 130 ke 135 termasuk di Brunei dan Singapura.

Filem itu mengisahkan Fadil yang terjerumus ke dalam lembah mafia, didalangi Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Keadaan memaksa Fadil menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukan seorang pembunuh.

Abang Long Fadil dibintangi oleh Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof, Wak Doyok, Achey, Tania Hudson, A Galak dan Shuib.

Lihat Komen