malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Engku Aleesya juga rasa bahagia
Diterbitkan:  Aug 23, 2017 5:49 PM
Dikemaskini: 10:17 AM
ADS

Hubungan cinta antara Engku Emran Engku Zainal Abidin dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella ternyata mendapat restu banyak pihak, terutama daripada anggota keluarga terdekat.

Baru-baru ini, ketika hubungan cinta yang semakin mekar itu dilapor akan berlangsung ke jinjang pelamin, Engku Emran memuat naik foto bersama puteri kesayangannya, Engku Aleesya.

Foto itu sekali gus memberi bayangan bahawa perkahwinan antara dua merpati sejoli itu mendapat restu daripada Engku Aleesya.

Engku Aleesya, 8 merupakan anak daripada perkahwinan terdahulu Engku Emran bersama pelakon dan penyanyi, Erra Fazira.

"Perasaan yang sangat luar biasa ketika boleh beritahu anak perempuanmu juga bahagia untukmu," tulis Engku Emran di Instagram berkenaan.

 

Its a great feeling when you can tell your daughter is happy for you

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on

Foto yang dimuatnaik Engku Emran itu menerima ribuan 'like' daripada peminat yang mengikuti perkembangan mereka.

Sebelum ini Erra Fazira turut dikhabarkan merestui hubungan cinta berkenaan apabila dilihat menyukai foto Emran yang dimuat naik Bella di Instagram.

Engku Emran dan Bella dillapor mulai rapat selepas dipertemukan pelakon Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri sekitar Mac lalu.

Kedua-dua mereka dilapor bakal diijabkabul pada pertengahan bulan depan.

Bella pernah bertunang dengan anak Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, Afifudin Suaheli Kalla sebelum ikatan itu putus di tengah jalan.

Lihat Komen