malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelawak Hollywood, Jerry Lewis meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 21, 2017 8:29 AM
Dikemaskini: 12:31 AM
ADS

Bintang veteran Hollywood, Jerry Lewis, yang mencuit hati jutaan peminat sepanjang kerjayanya selama enam dekad, meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Menurut laporan AFP, pelawak legenda itu menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya di Las Vegas awal pagi semalam waktu tempatan.

"Dengan rasa sedih, saya mengesahkan dunia kehilangan seorang yang sangat penting.

"Jerry meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di sisi keluarga dan rakan," kata pegawai publisiti pelawak itu, Nancy Kane, dalam kenyataan.

Lewis adalah antara penghibur paling popular Amerika Syarikat pada era 1950-an dan 1960-an.

Beliau bukan hanya mencipta nama sebagai badut di sebalik komedi seperti 'The Nutty Profesor' tetapi turut mendapat pengiktirafan sebagai penulis, pelakon dan dermawan.

Lewis turut mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara termasuk pencalonan Hadiah Nobel Keamanan dan Legion of Honor dari Perancis.

Beliau juga dikenali kerana usaha tanpa lelah mempromosikan kesedaran mengenai Muscular Dystrophy sebagai asas jenakanya.

Selama lebih 45 tahun, beliau mengumpul kira-kira AS$2.45 bilion (RM10 bilion) untuk memerangi penyakit itu menerusi rancangan televisyen.

Lihat Komen