malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Peminat minta Hafiz, Joy tidak jaja aib
Diterbitkan:  Aug 17, 2017 6:31 PM
Dikemaskini: 10:50 AM
ADS

Peminat meminta penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun dan isterinya menghentikan perbalahan secara terbuka serta tidak membalas kenyataan antara satu sama lain.

Ini selepas pasangan suami isteri itu dilihat bertengkar di media sosial dengan tuduh menuduh sehingga membabitkan hal dalaman rumah tangga mereka.

“Mohon musabah diri @hafizhamidun. InsyaAllah yang terbaik pasti ada. Perempuan lembut hatinya. Betullah apa Joy tulis kat FB tu. Rendahkan egomu. Isteri pasti ingin didampingi,” kata pengguna akaun @fakhrati_aziz

Seorang lagi pengguna akaun @dijahzak berkata: “Moga yang terbaik untuk @hafizhamidun dan isteri."

Sebelum itu, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30 menulis status panjang di Facebook mengenai tanggungjawab seorang suami.

Bagi sebahagian peminat, tulisan Joy itu seolah-olah memberi bayangan bahawa suaminya mengalami masalah tenaga batin.

Susulan itu, Hafiz membalas kenyataan berkenaan dengan menyatakan Joy cuba berselindung di sebalik "karangan acah-acah suci".

Joy kemudian membalas semula dengan menyatakan dia mempunyai bukti termasuk video, paparan WhatsApp dan rakaman suara mengenai dakwaannya.

'Jaja cerita tak sentuh isteri'

Memetik laporan BH Online, Joy menegaskan tindakannya berbuat demikian di media sosial bertujuan melindungi maruah diri.

Katanya, sebagai wanita, dia kecewa apabila mendapati Hafiz mula menjaja hal dalaman mereka sebagai suami isteri kepada umum.

"Selama ini, saya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga statusnya sebagai 'ustaz penyanyi', tetapi apabila diberitahu dia (Hafiz) menjaja cerita dalam kelambu, tiba masanya saya bersuara.

"Dia menghebahkan cerita tidak pernah 'menyentuh' isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar. Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri.

"Saya tidak akan bersuara jika bukan dia yang memulakannya. Apa niat dia memutar belit cerita dan membuka aib tidak pernah menyentuh saya? Kenapa harus memberitahu seluruh alam mengenai perkara itu?" katanya.

Bagaimanapun, Joy berkata, pendapat yang dikongsikan itu dibuat secara umum dan bukan ditujukan kepada sesiapa.

Joy dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.

Lihat Komen