malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Malay Regiment momok baru selepas Tanda Putera'
ADS

Pada 2012, ketika bahang Pilihanraya ke-13 semakin dirasai, rakyat dipersembahkan dengan sebuah trailer filem Tanda Putera.

Tanda Putera sepatutnya memaparkan hubungan antara Allahyarham Abdul Razak Hussein dengan Timbalannya Dr Ismail Abdul Rahman.

Bagaimanapun, saya dijadikan sasaran di samping cerita bagaimana saya membuang air kecil di tiang bendera di dalam kawasan kediaman menteri besar menjelang hari-hari ke arah rusuhan 13 Mei 1969.

Sebelum pilihanraya 2008, tiada sebarang kenyataan yang menyebut saya menjadi individu bertanggungjawab ke atas kejadian 13 Mei 1969.

Selepas kejadian tsunami 8 Mac 2008, DAP mula digelar sebagai sasaran baru untuk menyiapkan kisah baru tentang bagaimana kaum Cina dan DAP menjadi orang jahat dalam episod sejarah paling hitam negara ini.

Saya tampil dengan pelbagai siri penjelasan dan pembetulan dengan menekankan bahawa saya tidak berada di Kuala Lumpur atau menjadi sebahagian daripada perhimpunan yang menyebabkan rusuhan.

Jika tidak, unit Cawangan Khas mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan hal demikian dan mendakwa saya di mahkamah. Namun perkara itu tidak berlaku.

Nombor pendaftaran DAP 165

Lima tahun selepas Tanda Putera dan usaha kekuasaan untuk meletakkan DAP dalam kerangka pesalah yang mencetuskan ketegangan kaum sejak 1969, kini momok baru pula dikesan dalam trailer filem baru berjudul Malay Regiment.

Saya diberitahu filem berkenaan mengenai generasi muda yang cuba mengumpul maklumat mengenai pengorbanan dibuat datuk mereka yang berjuang melawan komunis pada tahun 1976.

Sebuah babak daripada trailer yang memaparkan lelaki Cina berdiri di sebelah sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran DAP 165.

Lelaki berkenaan memegang buku satira tulisan Andre de Guilaume yang terbit pada 2005 berjudul “How to Rule the World: A Handbook for the Aspiring Dictator” (Bagaimana memerintah dunia: Buku panduan untuk mereka yang berhasrat menjadi diktator).

Pada masa sama turut kedengaran suara latar dalam bahasa Cina menyatakan "kita tidak perlukan perang. Kita cuma guna otak untuk menguasai ekonomi."

Kepentingan nombor pendaftaran kenderaan yang diatur rapi bagi membentuk perkataan yang meremeh-remehkan DAP dan hanya diketahui oleh pengarah yang juga penerbit filem berkenaan.

Begitu juga dengan memaparkan seorang lelaki Cina tetapi bukan bangsa lain. Saya simpan komen untuk pembikin filem ini yang mungkin mempunyai pandangan tersendiri terhadap DAP.

Lagipun, penerbit Jurey Latiff Rosli mendakwa dirinya sebagai penyokong tegar Barisan Nasional.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada sidang media di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia pada Mei 2016.

“Saya adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Apa pun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata beliau telah meminta agar babak yang menonjolkan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan dipotong.

[Baca berita asal]

 


Lim Kit Siang ialah anggota parlimen Gelang Patah dan pemimpin DAP

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.
 

Lihat Komen