malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Duit hangus beribu tapi lemak Betty tak hilang
Diterbitkan:  Aug 2, 2017 5:16 PM
Dikemaskini: 9:24 AM
ADS

Sebagai ibu beranak dua, Betty Benafe pernah mencuba pelbagai cara untuk kembali langsing, termasuk melalui suntikan pencairan lemak bernilai RM2,000.

Dia juga pernah cuba menggunakan diet menggunakan pil penahan selera, selain rutin senaman di gimnasium,

Namun usaha itu gagal dan wang bernilai RM2,000 untuk rawatan mencairkan lemak itu juga gagal memberi kesan yang diingini.

“Untuk kembali langsing, saya berhabis sekitar RM2,000 bagi menjalani rawatan suntikan pencairan lemak. Namun, cara tersebut tidak berkesan.

“Saya juga dicadangkan untuk mengikuti sebuah program diet dan bersenam di gimnasium, tetapi, cara tersebut juga tidak berhasil,” katanya.

Sebenarnya, pelakon Betty diminta pengarah Syed Zulkifli Syed menurunkan berat badan dalam tempoh tiga bulan bagi menjayakan watak ditawarkan kepadanya dalam filem Hijabsta Ballet.

Pelakon yang popular menerusi drama Kiranya Aku Tahu dan filem Buai Laju-laju itu perlu memenuhi kehendak berkenaan agar wataknya lebih kelihatan realitistik di layar perak.

Sewaktu menerima tawaran itu, Betty baru melahirkan anak yang keduanya iaitu Bruce Dean Dargus yang kini berusia dua tahun.

Dalam Hijabsta Ballet, Betty ditugaskan membawa watak Diana, seorang ibu kepada bekas penari balet.

Filem itu mengisahkan dunia penari balet, Adele, yang berantakan apabila keimanannya memakai tudung kepala diuji dan pada masa sama, dia tidak mahu berkompromi dengan seni dan agama.

Akibat kesuntukan masa, Betty dan Syed akhirnya duduk berbincang dan mencapai kata sepakat untuk mengubah skrip asal.

Watak Diana yang sepatutnya bergelar bekas penari balet berjaya ditukar kepada wanita yang berhajat untuk menari balet, tetapi tidak kesampaian.

Hijabsta Ballet bakal ditayangkan dipawagam mulai 3 Ogos.

Lihat Komen