malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Kajol datang M'sia, jumpa menteri, Rosmah
Diterbitkan:  Jul 27, 2017 7:10 PM
â‹…
Dikemaskini: 11:18 AM
ADS

Pelakon terkenal Bollywood Kajol mengunjungi Malaysia bagi mempromosikan filem terbarunya VIP2.

Beliau turut bertemu isteri perdana menteri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Satu lagi untuk kelab wanita... bersama wanita pertama Malaysia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor,” tulis heroin filem Dilwale dan Kuch Kuch Hota Hai itu di Twitter.

Azalina juga menulis tweet berbunyi:

“Apa khabar fans @KajolAtUN semua?

“Bertuah juga rasanya sempat berjumpa dan bergambar dengan idola ramai ini?”
 


Berdasarkan undangan media, Kajol akan terlibat dalam siri jelajah di sekitar kawasan Masjid India, Kuala Lumpur lewat petang ini.

 

Anak bintang terkenal India Rajinikanth – Dhanush dan Sondarya – turut dijadual turut serta dalam acara itu.

VIP2 diterbitkan sebanyak tiga bahasa iaitu Hindi, Tamil dan Telegu.

Ia diedarkan oleh Malik Streams Corporation Sdn Bhd, syarikat sama yang mengedarkan filem bajet besar Kabali sebelum ini.

Pengarah Urusan Malik Streams Corporation Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, antara faktor utama beliau berminat dengan VIP2 kerana penampilan Kajol.

“VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014. Filem tersebut mendapat sambutan hangat dan saya yakin VIP2 akan diterima di sini.

“Saya tahu orang Malaysia suka Kajol dan pasti nak menonton lakonannya lagi selepas Dilwale. Lagipun filem ini diarah oleh anak Rajinikanth yang merupakan kenalan saya,” beliau dipetik sebagai berkat oleh Utusan Malaysia semalam.

Lihat Komen