malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Kembar' Neelofa jadi pembaca berita TV
Diterbitkan:  Jul 27, 2017 4:22 PM
Dikemaskini: 8:35 AM
ADS

Gadis manis yang menjadi tular kerana wajah seakan-akan pelakon jelita Neelofa, bakal menjadi penyampai berita TV9 bermula 1 September depan.

Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 22 berkata tawaran itu diterima daripada Media Prima selepas dia menamatkan latihan industri selama empat bulan di program Wanita Hari Ini.

"Alhamdulillah, sebenarnya pihak berita TV9 meminta saya hantar resume ketika saya masih lagi pratikal sebagai wartawan penyiaran di TV3.

"Selepas tamat praktikal saya ditawarkan untuk menjalani latihan sebagai pembaca berita bermula awal Julai lalu," ujarnya seperti dilapor mStar Online.

Hawa ditemui pada majlis sidang media bagi memperkenalkan dirinya dan seorang lagi penyampai berita TV9, Mas Zharis Zhafri yang juga anak personaliti TV3, Allahyarham Aziz Desa.

Dalam pada itu, Hawa berkata, pemilihan dirinya sebagai personaliti berita TV9 bukan disebabkan wajahnya, sebaliknya kriteria yang bersesuaian untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

"Saya jadi perhatian kerana seiras Neelofa baru-baru ini sahaja ketika itu saya sudah memulakan latihan baca berita," ujarnya.

Kagumi Neelofa

Sementara itu Hawa berkata dia tidak membangga diri apabila dikaitkan dengan personaliti terkenal berkenaan.

"Saya terkejut bila ia menjadi tular minggu lalu. Saya tidak bangga disamakan dengan wanita hebat itu.

"Saya sendiri sangat menggagumi dia sebagai seorang wanita yang tersenarai antara wanita berjaya di Asia," ujarnya masih belum berpeluang menemui pelakon dan pengacara popular itu.

Hawa merupakan graduan dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sementara itu, Eksekutif Editor berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali berkata, Hawa dipilih berdasarkan bakat dan kriteria sebagai pembaca berita dan bukan kerana wajah seiras Neelofa.

"Dia ada suara dan latar belakang yang sesuai untuk berada dalam bidang kewartawanan penyiaran.

"Seorang pembaca berita tidak perlu cantik kerana wajah adalah pilihan kedua dan kita boleh solek mereka menjadi lebih menarik," ujarnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen