malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Justin Bieber mahu tumpu beribadat?
Diterbitkan:  Jul 26, 2017 5:35 PM
Dikemaskini: 9:45 AM
ADS

Penyanyi dari Kanada, Justin Bieber baru-baru ini mengumumkan pembatalan 14 konsert jelajahnya di seluruh Amerika Utara dan Asia.

Melalui laman web rasminya, pengurus Justin menjelaskan bahawa pembatalan tersebut dilakukan kerana Justin sangat keletihan.

Menurut portal selebriti antarabangsa TMZ, seseorang dari gereja Hillsong yang sering dikunjungi Justin dua tahun terakhir ini menyatakan pembatalan tersebut dilakukan kerana Justin mahu "mendedikasikan hidupnya untuk tuhan".

Justin, katanya juga mendapat pencerahan agar membatalkan konsert itu demi kesihatannya.

Terdahulu Carl Lentz, seorang paderi dari gereja tersebut mengatakan Justin memang seorang penganut agama Kristian yang taat.

"Kami tak bayar dia untuk menghadiri acara gereja. Dia datang kerana keinginannya sendiri," katanya.

"Saya rasa, Justin adalah seorang penganut Kristian yang baik. Saya tak fikir dia menghadapi masalah, tapi kita semua memang harus bersedia dengan masalah yang datang," katanya.

Carl juga berkata hubungan penyanyi lagu Baby tersebut dengan tuhan berubah setiap hari.

"Ini adalah salah satu hal yang tak akan pernah kalian mengerti. Setiap orang perlukan waktu untuk menjadi lebih dewasa," katanya.

Justin Bieber secara rasmi membatalkan 14 konsertnya melalui laman web rasminya pada 24 Julai lalu.

Pengumuman tersebut juga menyatakan bahawa Justin sangat menyayangi para peminatnya dan tidak gemar mengecewakan mereka.

Lihat Komen