malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Hospital siasat maklumat 'Siti Nurhaliza' hamil bocor
Diterbitkan:  Jul 26, 2017 2:21 PM
Dikemaskini: 6:53 AM
ADS

Sebuah pusat perubatan dan pihak makmal dilaporkan akan menyiasat bagaimana maklumat mengenai kehamilan 'Siti Nurhaliza Tarudin' boleh bocor kepada orang ramai.

Pihak berkenaan dikatakan terkejut apabila berita itu mula dibincangkan di media sosial.

MStar Online difahamkan, satu sampel darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya pada Isnin lalu oleh sebuah hospital.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain yang mempunyai nama serupa.

Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sampel atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.

Sementara itu suami kepada Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa hari ini meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.

Ahkbar Kosmo melaporkan, Khalid berkata selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta doa semua pihak.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas mengalami keguguran pada kandungannya yang ketika itu baru berusia dua bulan.

Lihat Komen