malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Belum jumpa bukti Pretty Asmara ibu ayam
Diterbitkan:  Jul 24, 2017 5:09 PM
Dikemaskini: 9:11 AM
ADS

Polis Indonesia masih menyiasat mengenai dakwaan pembabitan pelakon, pelawak dan penyanyi Pretty Asmara sebagai ibu ayam untuk pelacur kelas atasan.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya Argo Yuwono berkata ada beberapa maklumat yang diterima daripada orang awam namun ia belum dapat dibuktikan.

Polis juga, katanya, turut mengambil keterangan Pretty dan sepperti dijangka selebriti berusia 39 tahun itu menafikan dia menjadi ibu ayam.

Justeru, kata Argo, polis akan melakukan siasatan lebih terperinci bagi mendapatkan bukti kukuh.

Asalnya Pretty menjadi perhatian selepas ditahan dalam kes salah guna dadah. Turut ditangkap bersama pelakon Kejarlah Jodoh Kau Kutangkap itu tujuh selebriti lain membabitkan penyanyi dan pelakon.

Penahanan itu mencetuskan khabar angin kononnya Pretty menjadi pembekal wanita jelita dan artis untuk jadi pemuas nafsu lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja besar.

Lihat Komen