malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Bung, Zizie bakal timang cahaya mata kembar
Diterbitkan:  Jul 23, 2017 5:35 PM
Dikemaskini: 9:42 AM
ADS

Detik yang dinanti akhirnya tiba.

Pada Disember ini atau Januari tahun depan pelakon Zizie Ezette dijangka bakal menimang zuriat sendiri selepas hampir 10 tahun bergelar isteri.

Lebih menggembirakan kakak Shaheizy Sam itu dijangka menyambut dua cahaya mata sekali gus apabila kandungannya disahkan kembar.

"Doakan semoga kandungan ini selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat," katanya melalui Instagram hari ini.

Zizie, 38, disahkan bernikah dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, pada 2009 lalu.

Pada awalnya kata pelakon Sama Tak Serupa itu mereka ingin merahsiakan berita gembira berkenaan untuk lebih lama.

Bagaimanapun menurut Zizie dia yakin sudah ramai yang dapat menghidu berita berkenaan.

Buat masa ini kandungan Zizie baru berusia empat bulan.

Bung Moktar dan Zizie ketika ini membesarkan seorang anak angkat, Nayla Nurjenna, yang berusia dua setengah tahun.

Zizie adalah isteri kedua Bung Moktar - anggota parlimen Kinabatangan yang terkenal dengan pelbagai kenyataan yang mencetuskan polemik sama ada di dalam atau luar Dewan Rakyat.

Lihat Komen