malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Takdir Kareena jadi pelakon sejak dalam rahim
ADS

Tanpa minat, pasti dunia hiburan yang diceburinya tidak akan berkesudahan dengan baik.

Dan tanpa darah seni mengalir dalam dirinya juga, pelakon Kareena Kapoor mungkin juga tidak menjadi seperti dirinya yang sekarang.

Sebaliknya, selebriti Bollywood itu yakin hal yang membuatkan dia tidak pernah berhenti berjuang sebagai anak seni adalah kerana laluan itu telah ditakdirkan dalam hidupnya.

"Yang membuatkan saya terus berjuang tanpa henti adalah minat, selain keluarga.

"Seolah-olah ketika masih dalam perut ibu lagi saya sudah tahu suatu hari nanti akan bergelar seorang pelakon," katanya dalam sidang media diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Isteri pelakon Saif Ali Khan itu adalah cucu kepada pelakon dan penerbit filem Raj Kapoor dan saudara kepada Rishi Kapoor.

Kedua-dua ibu bapa dan kakak Kareena juga berkecimpung dalam dunia filem.

Antara filem pernah dilakonkan Kareena ialah Kabhi Kushi Kabhie Gam, Jab We Met, Dev, Bajrangi Bhaijaan dan 3 Idiots.

Walaupun pelakon yang lebih mesra dipanggil Bebo itu menjadi antara pelakon Bollywood memperoleh pendapatan paling lumayan, hal itu tidak membuatkan dia menjadi terlalu memilih.

Katanya, keutamaannya untuk berlakon bergantung kepada kualiti sesuatu produksi.

"Dapat watak biasa tidak mengapa, tetapi yang lebih penting ia haruslah benar-benar bagus," katanya.

Selain itu, kata Kareena, 36, faktor lain yang akan menentukan sikapnya sama ada akan menerima tawaran berlakon atau tidak ialah skrip.

"Apabila saya kata saya suka berlakon (sesuatu filem) tentu sekali apabila saya mendapat skrip yang bagus," katanya.

Lihat Komen