malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Norman pesan anak sentiasa ingat mati, kejar akhirat
Diterbitkan:  Jul 6, 2017 9:08 PM
Dikemaskini: 1:28 PM
ADS

Bersempena sambutan hari lahir ke-12 anak keduanya, pelakon Norman Hakim mencoretkan sebuah pesanan istimewa untuk dijadikan panduan hidup.

Kata Norman kepada Marissa Dania, seseorang yang beragama Islam tidak boleh sesekali melupakan soal ajal semasa berbuat apa saja.

Justeru, katanya, setiap sesuatu yang dilakukan mestilah seimbang antara dunia dan akhirat.

“Sentiasa bersyukur dengan apa jua yang Allah bagi ye sayang. Seimbangkan dunia akhirat. Kejar akhirat umpama kita akan mati bila-bila masa, insya-Allah dunia akan kejar kita balik umpama kita akan hidup 1,000 tahun lagi.

“Dan utamakan Allah SWT, insya-Allah kamu tidak akan dijadikan terakhir,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Biarpun sekadar berpesan dengan beberapa perkara, Norman yakin, perjalanan selama sejuta tahun cahaya pun dia tidak mampu menghabiskan apa yang ingin diperkatakan kepada anaknya itu.

Terima kasih beri peluang

Sebagai bapa, Norman atau nama penuhnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 41, ingin memastikan setiap anak-anaknya mengerti, dia tidak pernah berhenti berdoa walaupun sekali demi kesejahteraan mereka.

“Papa nak pastikan adik dan anak-anak papa sentiasa selamat, sentiasa bahagia, sentiasa tenang dan sentiasa dilimpahi kasih sayang di bawah lindungan-Nya 24/7 pagi, petang siang dan malam.

“Itu saja senjata yang papa ada, iaitu doa, yang insya-Allah mabrur daripada seorang papa sebab suatu hari nanti doa adik dan anak-anak papa yang lain adalah senjata dan penyelamat pula kepada papa di kehidupan yang lagi satu, daripada anak soleh dan solehah insya Allah,” katanya.

Pada masa sama, Norman sempat meminta maaf atas kekurangan yang dirasakan mungkin mampu menjauhkan hubungan mereka anak beranak.

“Terima kasih sebab sentiasa bagi peluang kepada papa untuk jadi superhero uolls. Ampun maaf adik dan anak-anak papa yang lain kalau ada kekurangan daripada papa yang serba tidak sempurna dalam membesarkan dan bagi kebahagiaan dan kasih sayang pada uolls.

“Segala kekurangan itu daripada papa dan sentiasa ingat segala kebaikan, kebahagiaan, kasih sayang dapat selalu jalan, makan sedap-sedap itu semua adalah daripada-Nya,” kata Norman.

 

 

🌸✨

A post shared by ماريسا دانيا 🐼 (@marissa_dania_hakim) on

 

Marisa adalah anak Hakim dengan isteri pertamanya, Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi.

Hakim dan Abby mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum bercerai enam tahun kemudian.

Selain Marisa, mereka juga dikurniakan dua lagi anak iaitu Muhammad Danish dan Maria Danisha.

Selepas bercerai, Norman berkahwin pula dengan Suhaiza Suhaimi atau Memey Suhaiza, 29, pada 24 September 2011 dan mereka dikurniakan dua anak.

Lihat Komen