malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Mick Jagger selamat kerana rencana pengarang akhbar
Diterbitkan:  Jul 2, 2017 5:30 PM
Dikemaskini: 9:32 AM
ADS

Bintang rock legenda, Mick Jagger, berkata suatu rencana pengarang akhbar menjadi penyelamat kepadanya daripada dihukum lebih berat pada 1967.

Penyanyi kumpulan The Rolling Stones itu berkata, selepas rencana itu disiarkan hakim menetapkan hukuman penjara yang dikenakan padanya hanya tiga bulan.

Bagaimanapun akhbar yang menyiarkan temu bual itu, Times of London, menegaskan Jagger sepatutnya dilayan sama seperti pesalah lain.

Menurut Jagger, tempoh penjara tiga bulan itu bukanlah berdasarkan tahap serius kesalahan yang dilakukannya, tetapi anggota lain kumpulan The Rolling Stones dijadikan "kambing hitam" oleh generasi tua yang bersikap kritikal kepada gaya hidup orang muda semasa.

Jagger ditahan dan didakwa atas kesalahan kecil dadah. Pada 1 Julai 50 tahun lalu akhbar berkenaan menyiarkan rencana pengarang berjudul Who breaks a butterfly on a wheel?.

Ia ditulis editor Times of London ketika itu, William Rees-Mogg, yang digambarkan bukan seorang pengagum Jagger sama ada dari aspek gaya hidup atau selera muzik.

"Rencana pengarang itu membawa saya keluar dari jel. Satu hari ia disiarkan dan kemudian saya pun bebas," kata penyanyi berusia 73 tahun itu.

Dia juga menghargai tulisan itu yang menyatakan kepada kumpulan arus perdana ketika itu bahawa mengenakan hukuman berat kepadanya atas kesalahan berkenaan bukanlah cara orang Inggeris.

Lihat Komen