malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Durian pengerat cinta Bella
Diterbitkan:  Jun 21, 2017 12:10 AM
Dikemaskini: 6:59 PM
ADS

Lagi spekulasi mengenai kisah cinta aktres jelita Indonesia Laudya Cynthia Bella, dengan jejaka Malaysia menjadi tular.

Kali ini dia dilaporkan dilihat sedang membeli buah durian bersama dengan lelaki didakwa Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Menurut ruangan gosip media tempatan Indonesia, pemuda yang diduga sebagai kekasih Bella itu berjalan sambil menggayakan kaca mata hitam.

Lantas, imej berkenaan menuai pelbagai komentar daripada pengguna maya seperti: "Bel sukanya makan durian, semoga berkekalan ya,” tulis seorang pengikut.

Manakala yang lain pula menulis: “Lebih baik yang duda begini daripada kelakuan pemuda lain yang masih belum berpunya.”

Tidak kurang juga pengikut yang sering mendoakan kebahagiaan pelakon Syurga Tak Dirindukan dan Assalamualaikum Beijing itu.

“Semoga disegerakan Bella, menunju ke hubungan halal, amin,” kata seorang lagi pengikutnya.

Bella, 29, sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan Afifuddin Suhaeli Kalla, tetapi dibatalkan tanpa mengumumkan punca sebenar.

Afifuddin adalah anak kepada Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Manakala Engku Emran pula sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira tetapi bercerai pada 17 Februari 2014.

Menerusi perkongsian hidup, Engku Emran dan Erra dikurniakan seorang cahaya mata Engku Aleesya.

Lihat Komen