malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Pichyada bukan Wonder Woman biasa
Diterbitkan:  Jun 19, 2017 1:03 PM
Dikemaskini: 5:08 AM
ADS

Ketika demam filem Wonder Woman masih panah di pawagam, kemunculan seorang jelitawan yang memperagakan pakaian adi wira itu menarik perhatian ramai.

Dianggap memiliki kejelitaan tersendiri, dia memang bukan Gal Gadot. Dia dikenali sebagai Pichyada Chatkamjaroen yang mempunyai hampir 15,000 pengikut di Instagram dan semakin mendekati 40,000 di Facebook.

Melalui akaun media sosial itu Pichyada memuat naik sejumlah gambarnya berpakaian seperti Wonder Woman dan ada pihak menganggap dia sebagai seorang daripada "Puteri Diana terbaik" yang ada pada hari ini.

Dengan bentuk tubuh menggiurkan dan pakaian ala Wonder Woman, Pichyada tampil dengan pakej lengkap seorang wira yang diimpikan ramai orang.

Bagaimanapun sesetengah peminat menganggap Puteri Diana dari Themyscira itu sepatutya berpewatakan lebih tangkas, tegas dan gagah, bukannya lemah lembut serta terlalu ayu.

Namun khabarnya ada rahsia di sebalik kecantikan Puteri Diana 'buatan Thailand' itu.

Difahamkan Pichyada seorang khunsa.

Walaupun tidak banyak maklumat yang ada mengenai Pichyada di Internet, reaksi beberapa peminat membayangkan keadaan sebenar dirinya.

Filem Wonder Woman mula ditayangkan di pawagam di seluruh dunia awal bulan ini. Di Amerika Utara saja filem arahan Patty Jenkins itu mencatat kutipan AS$$40.8 juta (RM174.2 juta) pada minggu ketiga tayangannya.

Lihat Komen