malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Mizz Nina dulu menyanyi, kini mengaji
Diterbitkan:  Jun 16, 2017 4:14 PM
Dikemaskini: 9:43 AM
ADS

Aktiviti harian Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 37 hari ini sudah berubah kerana lebih banyak mengaji Al-Quran berbanding menyanyi seperti sebelum ini.

Sejak memakai hijab pada 2013, Mizz Nina lebih memberi keutamaan kepada membaca Al-Quran pada setiap pagi manakala hujung minggu pula dia menghadiri kelas mengaji.

"Setiap pagi saya akan membaca Al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula. Saya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-hari saya.

"Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari.

"Buat masa ini, saya masih lagi dalam proses belajar sebutan ayat dengan tepat dan betul," kata Mizz Nina, memetik laporan mstar.com.my.

Mizz Nina yang telah berkahwin dengan penyanyi Noh (Hujan) pernah popular sebagai penyanyi menerusi lagu bahasa Inngeris bertajuk What You Waiting For selain mengadakan kolaborasi dengan tiga penyanyi antaranya antaranya Theo Martins dan Colby O' Donis.

Mengulas lanjut, Mizz Nina berkata, dia sedang berusaha menguatkan diri untuk sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya.

"Saya masih lagi berusaha keras untuk memastikan penghijrahan saya tidak terhenti di separuh jalan. Sebab itu orang selalu cakap bila nak berubah ke arah yang lebih baik ini kena istiqamah.

"Selain itu, kawan-kawan yang rapat juga memainkan peranan penting. Kena saling mengingati satu sama lagi untuk melakukan perkara yang wajib dan baik," ujarnya.

Lihat Komen