malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Ya Allah busuknya hati...
Diterbitkan:  Jun 14, 2017 12:04 PM
Dikemaskini: 6:43 AM
ADS

Entah apa puncanya menyebabkan seorang individu memuat naik komen berbaur fitnah di laman Instagram pelakon dan seniwati, Datuk Fauziah Ahmad Daud.

Individu terbabit dilihat cuba menjatuhkan perniagaan 'Sambal Goreng Saadiah' yang diusahakan Fauziah dengan dakwaan semberono mengenai masa silam aktres itu.

Menerusi cetakan skrin dimuat naik Fauziah, individu menggunakan akaun @ezaieyda itu menulis: “Kalau boleh elakkan dari makan air tangan artis... masa muda mengangkang sana sini, bila tua dah tak ada punca pendapatan mulalah berjualan, sambal bodoh taruh nama legend... air tangan tu jangan bagi anak-anak makan.”

Namun, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, menunjukkan reaksi positif apabila tidak terus melenting dengan tuduhan berkenaan, sebaliknya meminta pandangan pengikutnya di Instagram.

"Saya terima komen ini hari ini dari hamba Allah ini tentang produk saya. Tentang kerja saya sebagai artis. Saya nak pandangan anda," tulis pelakon utama filem Azura (1984) itu.

 

Saya Terima Komen Ini Hari Ni Dari Hamba Allah Ini Ttg Produk Saya, Ttg Kerja Saya Sbg Artis. Saya Nak Pandangan Anda.

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on

Status dikongsi Ogy itu kemudian mencuri perhatian dalam kalangan artis yang turut mengecam tuduhan individu berkenaan.

Antaranya, pelakon Fauziah Nawi menulis: “Tolong abaikan orang jahat seperti ini. Jika perlu mendapatkan nasihat daripada kaunselor yang juga peguam @kak_ogy semoga Allah memelihara kamu selalu.”

Penerbit dan pelakon Sheila Rusly juga turut memberi komen: “Subhanallah mengucap lahhhh @ezaieyda siapa awak nak menghukum @kak_ogy dan artis!! Itu kerja Allah..Jangan kita menghina sesama kita!

“Inilah kesilapan Melayu. Sedih dengan kata-kata awak yang langsung tidak mencerminkan iman. Moga Allah ampunkan dosa-dosa awak,” katanya.

Manakala penyanyi Shiha Zikir pula menulis: “Ya Allah..busuknya hati..baca dari tulisan dia pun dah tahu hati dia sendiri macam mana..sabar ye kak Ogy..Doakan yang baik-baik untuk yang komen itu.”

Sementara itu, cubaan Malaysiakini untuk mengenalpasti identiti @ezaieyda tidak berhasil selepas mendapati akaun berkenaan sama ada palsu atau sudah dipadam.

Lihat Komen