malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Cameron bosan ulang-alik ke set penggambaran
Diterbitkan:  Jun 13, 2017 12:46 PM
Dikemaskini: 5:01 AM
ADS

Ada sesiapa mendengar kisah terbaru Cameron Diaz?

Kali terakhir aktres itu muncul di layar lebar ialah melalui filem muzikal Annie pada 2014. Dia beraksi bersama Rose Byrne, Bobby Cannavale, Jamie Foxx dan Quvenzhane Wallis.

Selepas itu namanya mungkin sesekali diingati tetapi bukan kerana projek filem terbarunya.

Setakat ini pun tidak ada rekod menunjukkan Cameron bercadang memulakan sebarang penggambaran filem sepanjang 2017.

Diiktiraf sebagai seorang daripada pelakon paling popular - dan mendapat bayaran termahal - di Hollywood, Cameron berkata, dua dekad berulang-alik dari satu set penggambaran ke set penggambaran lain amat melelahkannya.

"Pada suatu ketika saya sendiri tidak tahu siapakah saya," katanya di suatu majlis persidangan mengenai kesihatan diri di Los Angeles semalam.

Gwyneth Paltrow menjadi pengacara yang menyaksikan Cameron, Tory Burch, Miranda Kerr dan Nicole Ritchie bercakap mengenai pengalaman masing-masing.

Justeru, Cameron berkata, dia memilih untuk mencari masa untuk dirinya sendiri dan menikmati setiap detik itu.

Ditanya apakah yang menghalang dia untuk berkahwin sehingga dia berusia 41 tahun, pelakon Charlie's Angels itu menjawab, ia memang ditakdirkan begitu.

"Saya belum berjumpa dengan suami saya," katanya.

Cameron, 44, berkahwin dengan pemain gitar dan penyanyi kumpulan Good Charlotte, Benji Madden.

"Dan memang ada perbezaan besar untuk seorang lelaki yang menjadi kekasih serta suami kita. Ia seolah-olah dua individu yang berlainan walaupun sebenarnya mereka orang yang sama," katanya.

Lihat Komen