malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Jupe jual cincin untuk bina surau
Diterbitkan:  Jun 12, 2017 12:11 PM
Dikemaskini: 4:24 AM
ADS

Ada impian Julia Perez yang tidak sempat terlaksana sebelum dia menghembus nafas terakhir pada Sabtu lalu.

Antaranya, rancangan membangunkan sebuah surau yang dibiayainya hasil jualan cincin berliannya.

Lebih menyedihkan, wang berkenaan diperuntukkan kepada surau berkenaan ketika dia sebenarnya lebih memerlukan biaya ubat-ubatan.

Menurut cerita adik Julia, Nia Anggia, penyanyi dan pelakon itu juga bercadang membuka rumah penginapan, selain melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

Ketika menemani Julia di hospital juga, Nia sempat diberi pesan: jaga diri supaya tidak ego.

"Dia memang sangat cerewet tapi sempat memberi pesan supaya saya menjadi orang yang bermanfaat buat orang lain," katanya seperti dilapor media hari ini.

Julia, 36, meninggal dunia selepas bertarung melawan barah pangkal rahim sejak beberapa tahun lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Pondok Ranggon, Jakarta Timur, beberapa jam selepas dia disahkan meninggal dunia.

Julia yang turut dikenali dengan nama Jupe adalah selebriti berdarah campuran Sunda dan Betawi.

Dia pernah berkahwin dengan Damien Perez di Perancis pada Oktober 2002 tetapi akhirnya bercerai kira-kira enam tahun kemudian.

Julia sekali lagi berkahwin dengan seorang pemain bola sepak pada 2013. Namun rumahtangganya juga tidak kekal lama apabila berpisah pada 2016.

Lihat Komen