malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Sarah akui ramai wanita kacau Shuib
ADS

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin menafikan melakukan pengorbanan besar untuk mendapatkan berat badan ideal semata-mata kerana tidak mahu suaminya - pelawak Shuib Sepahtu "dirampas" peminat.

Katanya, dia berusaha menjaga bentuk badan bukan kerana meragui kesetiaan suaminya sebaliknya mahu membina kembali keyakinan diri di atas pentas.

"Saya teringin menyanyi kembali tapi tiada keyakinan apabila menyedari memiliki badan yang besar, hendak berlari ke sana sini pun tak larat," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka dan rakaman Program Raya Muzik-muzik 32 di Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, Sarah mengakui Shuib pernah diganggu peminat wanita yang mahu mencuri perhatian suaminya itu.

“Memang ramai peminat perempuan yang mengacau dan menghantar mesej kepada Shuib secara peribadi di Instagram misalnya, tetapi dia pernah menunjukkan bukti itu pada saya,” katanya.

Ditanya mengenai perubahan ketara pada bentuk tubuh badannya kini, Sarah, 32, menjelaskan berat badannya turun mendadak selepas dia mengamalkan program diet yang khusus atas nasihat doktor.

Menurut penyanyi Kesetiaan itu, berat badannya pernah meningkat sehingga 75 kilogram selepas melahirkan anak ketiga dua tahun lalu, tetapi kini hanya tinggal 45 kilogram.

Kata Sarah, dia kurang bersenam tetapi amalan pemakanan yang sihat membantunya menurunkan berat badan.

Menurutnya, dia perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan kerana memiliki sejarah anggota keluarga yang mengidap penyakit kencing manis iaitu arwah ibunya.

Mahu tulis buku

Dalam pada itu, Sarah menyatakan hasrat untuk menulis buku bagi berkongsi mengenai “diet pemakanan sihat selama 20 hari” yang sering diamalkan.

“Di dalamnya Sarah akan cerita apa itu diet sihat, apa boleh dan tidak boleh dimakan," katanya yang memberi contoh tidak memakan makanan berasas tepung gandum dan beras perang.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan karier, Sarah berkata dia bakal mengeluarkan single yang sudah tertangguh selama tujuh tahun.

Bagaimanapun, Sarah mengaku masih bimbang untuk menyanyi semula kerana lama tidak memasuki studio rakaman.

"Bukan mudah untuk dapatkan momentum kerana dah lama tinggalkan nyanyian. Cuma kali ini saya mahu buat yang terbaik," katanya.

Lihat Komen