malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Ezlynn boleh bawa diri tanpa suami
Diterbitkan:  Jun 8, 2017 3:49 PM
Dikemaskini: 8:00 AM
ADS

Memandangkan isu pergolakan rumah tangga hingga dilaporkan memfailkan perceraian, penyanyi Ezlynn yang sebelum ini menggunakan khidmat suaminya kini memilih untuk melantik pengurusan baru.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye itu, keputusan itu bukan disebabkan perselisihan faham sebaliknya kerana fokus terhadap kerja masing-masing.

“Adam (suami) sibuk dengan urusan sendiri, justeru saya buat keputusan itu untuk memudahkan kerja saya dan dia. Dengan ini, kami boleh fokus pada kerja masing-masing dengan lebih baik,” katanya.

Walaupun belum ada persetujuan hitam dan putih, Ezlynn yakin dapat menyerahkan tanggungjawab itu kepada syarikat pengurusan Indigital Sdn Bhd.

Bekerja di bawah pihak lain, menurut Ezlynn, ia sedikit pun tidak menimbulkan perasaan canggung.

“Saya boleh bawa diri, tetapi kalau artis lain tidak tahulah bagaimana. Biasanya suami itu sebagai peneman, ada...adalah tetapi kalau dia tidak ada tidak mengapalah,” katanya.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, ditemui pada Program Syawal TV3 dan TV9 di Kuala Lumpur semalam.

Ezlynn berkahwin dengan Adam Fahmy Shamsuddin pada 20 November 2011. Tetapi pada Januari lalu, Ezlynn dilaporkan memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim syarie Mohammed Hizwan Mohamed Nor dalam sebutan kes memerintahkan penyanyi itu dan suaminya menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Jatuh sakit

Ezlynn mendedahkan pergolakan rumah tangganya bermula sejak tiga tahun lepas, tetapi atas nasihat mahkamah syariah, perkahwinan itu cuba dipertahankan menerusi sesi kaunseling.

Menjelaskan situasi hubungannya dengan suaminya kini, Ezlynn memberitahu mereka masih tinggal sebumbung, cuma tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya, Ezlynn berkata, baru-baru ini dia dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti demam virus.

Ezlynn tidak menolak antara punca dia turut jatuh sakit adalah disebabkan mengalami tekanan.

Namun pada masa sama, Ezlynn turut mengakui dia sebenarnya mengidap asma  dan sudah lama tidak diserang penyakit itu.

“Mungkin kerana tekanan ditambah pula dengan alergi lalu ia mengakibatkan saya jatuh sakit,” katanya.
 

 

Lihat Komen