malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Naelofar Hijab kini terbang di awan biru
Diterbitkan:  Jun 8, 2017 1:06 PM
Dikemaskini: 5:33 AM
ADS

Pelakon dan pengacara Neelofa kini berjaya mengembangkan lagi cabang perniagaannya apabila secara rasmi bekerjasama dengan syarikat penerbangan AirAsia.

Tudung keluaran Neelofa, Naelofar Hijab yang direka khas akan dipakai juruterbang wanita yang berhijab ketika menjalankan tugas mereka bermula bulan ini.

Penggunaan tudung menggunakan fabrik berwarna putih itu turut membabitkan kakitangan dalam sektor penerbangan jarak jauh, AirAsia X.

Menurut Neelofa, 28, hijab yang dihasilkan amat praktikal selain memiliki gaya dan memudahkan pergerakan si pemakai.

Malahan, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu turut berkongsi keterujaannya mengenai pengalaman bekerjasama dengan AirAsia untuk menghasilkan rekaan berkenaan.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia bagi mereka semula hijab untuk para juruterbang wanita mereka.

“Kesempatan untuk menghasilkan rekaan baru hijab tersebut adalah sangat menarik dan memberi kami peluang untuk mencipta hijab yang selesa, praktikal dan bergaya," katanya pada kenyataan media.

Menyifatkan kerjasama itu sebagai pengalaman menyeronokkan, Neelofa berkata pihaknya berbangga dengan produk dihasilkan.

"Kami juga berbangga Naelofar hijab akan terbang tinggi bersama juruterbang AirAsia" katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penjenamaan AirAsia, Rudy Khaw berkata buat julung kalinya, AirAsia berkerjasama dengan pereka hijab untuk dipakai juruterbang wanita mereka.

Pihaknya juga merancang bekerjasama dengan Naelofar Hijab agar pemakaiannya diperluaskan kepada semua kakitangan wanita bertudung di Air Asia.

Lihat Komen