malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Buah hati Laudya Cynthia Bella orang Malaysia?
Diterbitkan:  Jun 5, 2017 5:44 PM
Dikemaskini: 9:48 AM
ADS

Seorang lelaki dengan pangkal nama "E" kini dikaitkan dengan pelakon jelita filem Indonesia, Syurga Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella.

Khabar angin itu semakin kencang selepas pernikahan Laudya yang sepatutnya berlangsung pada April lalu, dibatalkan.

Perkembangan semasa yang dihidu peminat di republik itu membayangkan, lelaki disebut-sebut berada melekat di hati Laudya dan sedang mengisi kekosongan di hatinya itu berstatus duda.

Malah Laudya juga menyebut pemuda E itu menerusi status dimuat naik pada akaun Instagram miliknya yang mencecah 16.8 juta pengikut.

“Aku bersyukur dan terima kasih Allah untuk setiap hari, semuanya dan E,” tulisnya.

Percintaan Laudya, 29, dengan anak lelaki Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, sebelum ini kelihatan begitu marak dan membawa mereka ke fasa bertunang.

Bagaimanapun atas sebab tertentu percintaan Laudya dan Afie Kalla itu tidak berpanjangan.

 

 

Im blessed and thank u Allah for Every day,Everything,and E 🙏🌈❤️ . . . #bismillahyaAllah #alhamdulillah #berkahramadhan #home

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

 

Telahan peminat membayangkan, E yang dirujuk Laudya itu ialah bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin, lapor portal detikhot.com.

Engku Emran dan Erra berkahwin pada 2007 namun pasangan itu bercerai pada 17 Februari 2014.

Menerusi perkongsian hidup, Engku Emran dan Erra dikurniakan seorang cahaya mata Engku Aleesya.

Walaupun peminat menganggap jarak usia Engku Emran antara Laudya agak berbeza, namun mereka tetap memberikan kata-kata positif mengenai hubungan berkenaan.

“Pakcik engku emran sugar daddy, daddy daddy gemes, duda keren (hebat) @iamkumbre tapi terlihat dia penyayang sungguh, sudah lama menduda pula..pakcik ini CEO Astro TV Malaysia, bekas suami makcik @errafazira pelakon penyanyi Malaysia hehe..

“Semoga Bel ini pelabuhan terkakhirnya dan lihatlah lelaki dari hati dari sikap sifatnya yang baik, bukan dari fizikal dan harta kekayaan, bismillah ya Bel.. semangat hehe,” tulis pengguna akaun @dtmeliaaa.

Bagaimanapun, Laudya hingga saat ini masih belum memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

Lihat Komen