malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Lubnan haramkan Wonder Woman
Diterbitkan:  Jun 1, 2017 12:13 PM
Dikemaskini: 4:22 AM
ADS

Kementerian Dalam Negeri Lubnan mengharamkan tayangan filem Wonder Woman di seluruh pawagam negara itu ekoran pelakon utamanya berasal dari Israel, lapor pegawai keselamatan.

Lubnan menganggap Israel sebagai musuh dan Kementerian Ekonomi dan Perdagangannya selama berdekad memboikot sebarang hubungan perniagaan membabitkan Israel.

Sumber kementerian dalam negeri berkata, pihaknya telah mengeluarkan perintah mengharamkan filem berkenaan yang dibintangi bekas anggota tentera Israel, Gal Gadot berdasarkan saranan bahagian keselamatan awam.

Bagaimanapun, keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati wakil pengedar Warner Bothers di rantau itu, Tony Chacra.

“Ia amat mengecewakan. Filem berkenaan tidak ada kena mengena dengan Israel,” kata pengarah urusan Joseph Chacra and Sons itu.

Filem berkenaan dijadual ditayangkan secara rasmi di kebanyakan pawagam utama Beirut malam ini selepas tayangan perdananya semalam.

Bagaimanapun, tayangan itu terpaksa dibatalkan beberapa jam lebih awal.

Gal Gadot sebelum ini pernah muncul menerusi watak Wonder Woman pada 2016 dalam Batman v Superman tetapi filem itu tidak diharamkan dari ditayangkan di pawagam di Lubnan.

Semalam, Menteri Ekonomi dan Perdagangan memohon filem itu disekat atas alasan sama, namun tidak berjaya.

Lubnan dan Israel tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik.

Lihat Komen