malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Dewi Perssik kian lawa selepas 'diseterika'
Diterbitkan:  May 26, 2017 3:59 PM
Dikemaskini: 10:07 AM
ADS

Ramai terpegun dengan kehalusan kulit serta keayuan terkini aktres Dewi Perssik.

Menghampiri usia 32 tahun, kemunculan pelakon Bangkit dari Lumpur itu memang nampak berbeza. Sekurang-kurangnya pipi dia semakin montok, hidungnya semakin tirus manakala dagunya menajam.

Tapi jangan disangka dia menjalani pembedahan kosmetik. Sekurang-kurangnya itulah yang didakwa Dewi Perssik.

"Muka saya memang nampak lebih baik, tapi itu bukan sebab pembedahan plastik.

"Saya menjalani rawatan seterika wajah," katanya dilaporkan Tempo hari ini.

Dewi Perssik lahir pada 16 Disember 1985 dan dibesarkan dengan nama rasmi Dewi Murya Agung. Dia mengaku memiliki darah kacukan Cina dari neneknya.

Selain berlakon, dia juga dikenali sebagai penyanyi dan setakat ini menghasilkan tiga album, termasuk satu kompilasi.

Dia juga menerbitkan hampir 20 single termasuk Mau Tak Mau dan Meleleh.

Kata Dewi Perssik, rawatan digelarnya sebagai "seterika wajah" itu tidak mengubah struktur mukanya dan ia boleh dibuktikan dengan gambar sebelum ini.

“Cuba teliti gambar saya yang dulu, tak banyak beza kan? Cuma ada bahagian tertentu menjadi tirus," katanya.

Menurut Dewi Perssik rawatan berkenaan menghilangkan kerut pada kulit dan pada masa sama menegangkannya. Lemah pada pipi dan dagu juga dihilangkan.

Satu lagi kesannya, kata Dewi Perssik, kulit menjadi lebih cerah.

Namun apa yang kekal ialah, dia tetap seksi.

Lihat Komen