malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Hari ini Ariana jadi perempuan patah hati
Diterbitkan:  May 23, 2017 12:54 PM
Dikemaskini: 5:53 AM
ADS

Walaupun tidak mengalami kecederaan fizikal, insiden letupan meragut 19 nyawa pada konsert Ariana Grande awal pagi tadi (waktu Malaysia) tetap meninggalkan kesan mendalam pada jiwa penyanyi pop itu.

Menerusi media sosial, penyanyi kelahiran AS itu berkongsi status berdukacita terhadap kejadian berlaku di Manchester, England yang turut mencederakan 50 mangsa yang lain itu.

“Patah hati. Jauh di dasar hati paling dalam, saya benar-benar minta maaf. Saya tidak mempunyai kata-kata lain boleh diungkapkan,” kata Ariana menerusi akaun Twitter miliknya.

Laporan media menyebut, letupan berlaku sejurus konsert penyanyi Side To Side itu berakhir di Manchester Arena hari ini.

Siasatan awal membawa pihak berkuasa percaya serangan berkenaan didalangi pengganas.

Ariana memulakan karier sebagai penyanyi ketika berusia 15 tahun dan meraih populariti menerusi sitkom televisyen saluran Nickelodeon.

Dia mencapai kemuncak kariernya pada 2014 selepas single Problem yang memaparkan Iggy Azalea berada di kedudukan nombor satu di UK dan tempat kedua di AS.

Side To Side menjadi pujaan ramai apabila lagu yang memaparkan Nicki Minaj itu menduduki tempat keempat di UK tahun lalu.

Ariana pernah memenangi tiga Anugerah Muzik Amerika, enam Anugerah Pilhan Remaja dan empat pencalonan Grammy.

Sementara itu, pengurus Ariana, Scooter Braun turut berkongsi perasaan hiba terhadap kejadian yang menimpa

Arena berkenaan dipenuhi ribuan peminat - termasuk sebahagian besar remaja perempuan - ketika insiden terbabit berlaku.

Menurut Braun, tiada perkataan mampu diungkapkan terhadap mangsa dan keluarga yang terjejas dengan serangan tidak berhati perut itu.

“Kami meratapi kanak-kanak yang kehilangan nyawa ekoran tindakan pengecut sebegini.

“Kami amat berterima kasih kepada khidmat awal dari petugas di Manchester yang tangkas menyelamatkan nyawa.

“Kami meminta anda berdoa kepada mangsa dan keluarga yang terbabit dalam serangan ini,” katanya.

Lihat Komen