malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Palsu, Jupe belum meninggal dunia
Diterbitkan:  Apr 20, 2017 5:38 PM
Dikemaskini: 9:47 AM
ADS

Sejak malam tadi, beredar khabar angin mengatakan selebriti Indonesia, Julia Perez yang menderita akibat penyakit barah pangkal rahim telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, pengurus Julia, Diana mengesahkan berita berkenaan adalah palsu.

“Tidak (meninggal dunia) tiada apa-apa, baik baik saja, dia cuma demam, doakan ya,” katanya seperti dilapor tabloid bintang.

Ini bukan kali pertama penyanyi Aku Rapopo itu menjadi mangsa berita palsu yang kemudian menjadi tular di media sosial.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan penyanyi itu berada dalam keadaan koma.

Sementara itu, Nia Anggia, adik kepada Julia pula memberitahu, kesihatan kakaknya semakin merudum dan tidak boleh makan melalui mulut.

Pada Selasa lalu, Julia menjalani imbasan di hospital di Kelapa Gading, Jakarta Utara.

Nia kemudian memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya, berserta doa agar Jupe sembuh daripada penyakit yang dihidapi.

“Tuhan, tolong dengar doaku, selamatkan nyawanya, dia adalah segala-galanya untukku,” tulisnya sayu.

Dalam pada itu, Nia menyifatkan adalah perkara biasa apabila kebanyakan rakan artis yang menziarahi Julia menangis kerana terlalu sedih.

“Tiada apa-apa, sudah namanya bertemu teman yang sakit (membuat mereka menangis).

“Doakan ya,” katanya.

Lihat Komen