Salman Khan perkenal poster filem terbaru


(Dikemaskini )

Bintang ternama Bollywood Salman Khan memperkenalkan poster pertama untuk filem lakonannya Tubelight arahan Kabir Khan yang dinanti-nantikan peminatnya pada Rabu, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Pelakon berusia 51 tahun itu memperkenalkan poster berkenaan menerusi media sosial.

Poster itu tertulis ayat: "Kya tumhe yakeen hai? Agar tumhe yakeen hai then Back his Back".

Ia turut dihiasi wajah pelakon popular itu yang memakai blazer, topi dan memegang beg sandang.

Teaser mengenai filem berkenaan telah dikeluarkan pada Selasa yang menampilkan paduan suara kanak-kanak.

Filem berkenaan adalah hasil kerjasama kali ketiga Salman dan Kabir. Sebelum ini mereka pernah bekerjasama menerusi filem Ek Tha Tiger dan Bajrangi Bhaijaan.

Tubelight yang turut dibintangi pelakon wanita China Zhu Zhu akan berada di pawagam pada hari raya.

- Bernama

Share