malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Kantung Jupe makin kempis
Diterbitkan:  Apr 14, 2017 4:53 PM
Dikemaskini: 8:55 AM
ADS

Dua bulan menjalani rawatan penyakit barah pangkal rahim tahap empat di hospital mengakibatkan wang simpanan selebriti Julia Perez semakin susut.

Justeru, beberapa rakan hadir menghulur bantuan untuk mengadakan kutipan dana bagi membantu Julia atau lebih popular dengan gelaran Jupe itu pada 16 April ini.

Menurut rakan Jupe, yang juga seorang anggota parlimen Indonesia, Eko Patrio, 46, setakat ini kos perubatan penyanyi Aku Rapopo itu mencecah puluhan bilion rupiah.

“Jika kos mencecah puluhan bilion, Jupe sudah pun mengeluarkan puluhan ribu, habis-habisan,” katanya.

Walaupun kutipan untuk Jupe sudah dimulakan, namun Eko dan sahabat lain tidak menyasarkan jumlah tertentu.

“Jika perlu, kami akan membuka akaun untuknya. Bagaimanapun, yang menjadi keutamaan ia dapat mencapai kutipan besar-besaran,” katanya seperti dilapor Tribun news.

Keadaan Jupe ketika ini dilaporkan semakin merudum, wanita itu tidak lagi bebas bergerak seperti biasa malahan ingatannya pula semakin menurun.

Lihat Komen