malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Minah tonggek' buat Idham dikecam 'ustaz, ustazah'
ADS

Pengarah filem dan pelakon, Ahmad Idham, berdepan dengan kecaman 'ustaz dan ustazah' media sosial gara-gara tindakannya memuat naik imej beberapa poster awal Minah Moto baru-baru ini.

Menceritakan pengalamannya sambil ketawa, Ahmad Idham berkata dia sendiri memang menjangkakan reaksi pengguna media sosial apabila memuat naik gambar 'minah tonggek' di Instagramnya.

Katanya ada pejuang papan kekunci memberikan reaksi pantas melihat gambar berkenaan dan sebahagiannya terus melabel filem Minah Moto itu sebagai "sampah".

Bagaimanapun, kata Ahmad Idham, apa yang dilakukannya itu memang disengajakan dan bertujuan untuk memanfaatkan media sosial bagi mempromosi filem berkenaan.

“Media sosial digunakan untuk pemasaran dan mewujudkan kesedaran. Iini adalah cara untuk mendapatkan reaksi awal.

“Tetapi, terus kena bantai (poster) sebab ada ustaz dan ustazah berceramah (di media sosial), kata filem itu sampah sedangkan mereka baru saja tengok poster," katanya.

Di sebalik kecaman dan kritikan itu, Ahmad Idham berkata, matlamatnya memang tercapai.

“Sebenarnya, kalau kita faham penggunaan media sosial, pemikiran sampah ini hanya mahu kita tunjuk apa mereka mahukan lihat,” katanya ketika ditemui di pejabat Malaysiakini semalam.

Minah Moto yang akan mula ditayangkan tidak lama lagi itu dibintangi Dayana Roza dan Ariz Lufias sebagai pelakon utama, dibantu Octavia Senrose, Syatirah Amir, Cat Farish dan Aliff Yasraff.

Kata pengasas AIFA Motion Pictures Sdn Bhd itu, berkata sebenarnya ada banyak cara untuk menegur dan kaedah itu lebih berkesan.

“Kalau nak komen bagilah komen, tetapi kenapa perlu melenting tak tentu pasal, masuk isu akidah semua.

“Boleh saja beritahu saya, poster ini melambangkan salah tafsiran, kalau ada pilihan sila letak yang lain,” katanya.

Sekalipun kecaman pengguna Internet berbakul-bakul terhadapnya, ternyata Ahmad Idham tidak mahu mengendahkan perkara yang dianggap tidak memberi manfaat.

Malah, Ahmad Idham mengakui, dia tetap berpuas hati terhadap usahanya yang satu iaitu untuk menguar-uarkan kehadiran Minah Moto yang bakal menjengah pawagam minggu depan.

“Kita ada pelbagai teaser dan yang sudah dipamerkan itu belum muktamad masih terdapat lagi dua tiga versi.

“Apa pun, bahagian paling bagus adalah orang ramai tahu Minah Moto akan keluar (ditayang).

“Sebenarnya, saya berterima kasih kepada mereka yang berusaha untuk membaca poster, kerana berapa banyak kali anda mahu melakukan perkara itu? Terima kasih kerana kamu buat filem saya popular,” katanya.

Lihat Komen