malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Sheila gegarkan semula Stadium Negara Ogos ini
ADS

Selepas konsert solo pertama berjaya diadakan lebih dua dekad lalu, Ratu Pop-Jazz Negara Datuk Sheila Majid memenuhi impiannya sekali lagi untuk mengadakan persembahan berskala besar kali ke lima di Stadium Negara.

Membayangkan perasaannya, Sheila dilihat begitu teruja ketika mengumumkan perkara berkenaan hari ini.

Bercakap kepada media, beliau berkata, persembahan Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 itu bakal berlangsung pada 5 Ogos nanti.

"Alhamdulillah, impian saya untuk menghiburkan peminat sekali lagi dalam sebuah konsert berskala besar akhirnya tercapai," katanya.

Sheila ditemui pada sidang media pelancaran album barunya berjudul Boneka di Kuala Lumpur siang tadi.

Hujung tahun lalu, Sheila pernah meluahkan perasaan terkilan selepas hasratnya untuk mengadakan konsert sempena tiga dekad mewarnai dunia seni di tanah air terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan penaja.

Dan kali ini, menurut pemenang Anugerah Sri Wirama di Anugerah Industri Muzik ke-22 itu, impiannya mengadakan konsert berkenaan bakal dipenuhi oleh penaja iaitu IME Malaysia.

Konsert berkenaan juga mendapat sokongan Magada Entertainment dan diterbitkan More Entertainment.

"Kesudian penaja merialisasikan penerbitan konsert ini memungkinkan segalanya.

"Selain album baru, ini adalah hadiah terbesar buat semua peminat saya di Malaysia," katanya.

Lihat Komen