malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Konsert Salman Khan ditunda
Diterbitkan:  Apr 11, 2017 11:41 AM
Dikemaskini: 3:49 AM
ADS

Konsert Da-Bang The Tour Live in Malaysia yang dijadual berlangsung pada 14 April (Jumaat) ini ditangguhkan.

Menurut pihak penganjur, GHC Solutions Sdn Bhd, konsert yang menampilkan bintang Bollywood Salman Khan itu ditunda ke Julai depan atas alasan berlaku “masalah tidak dapat dielakkan dan di luar jangkaan.”

“Tarikh baru untuk tentatif persembahan berkenaan akan diadakan pada Julai 2017.

“Kami akan memaklumkan tarikh yang sebenar selepas mendapat pengesahan artis,” menurut satu kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini.

Konsert yang sepatutnya mengambil tempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Kuala Lumpur itu memilih Salman sebagai tarikan utama dengan mempertaruhkan tiket jualan paling tinggi untuk VVIP bernilai RM2,222.

Pakej Sultan itu dimaklumkan mencatat jualan paling laris sebaik kaunter tiket dibuka dan dibeli oleh peminat dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Singapura.

Selain Salman, Da- Bang yang diuar-uarkan sebagai konsert Bollywood paling besar pernah diadakan di negara ini akan turut menampilkan Bipasha Pasu, Prabhu Deva, Tamannah, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

Konsert jelajah berkenaan yang menelan belanja hampir RM10 juta juga boleh dianggap sebagai meraikan kepulangan semula Salman ke pentas tempatan selepas hampir sedekad tidak berbuat demikian.

Lihat Komen